Jumaat, 9 November 2012

Penggunaan Internet Dalam Kalangan Belia



       Pada abad ke -21 yang canggih sering dikenali sebagai abad teknologi kerana munculnya pelbagai teknologi baru dan sofistikated yang telah banyak memberikan manfaat kepada masyarakat terutama golongan belia dan bidang komunikasi. Internet merupakan salah satu teknologi komunikasi yang terbaru dan merupakan signifikan dalam kalangan mdia baru. Istilah-istilah seperti ‘cyberspace’, ‘virtual world’, ‘network society’ dan ‘information superhighway’ selalu digunakan untuk merujuk kepada media baru terutamnya Internet.(Flew,T. 2005)
            Salah satu ciri yang dimiliki oleh Internet ialah kebebasan dan wujudnya kawalan peribadi. Kebaikan dari segi ciri ini ialah pengguna mempunyai kebebasan untuk akses ke Internet yang menyediakan pelbagai jenis informasi dan berhak untuk menolak  informasi yang tidak diingini.(Flew,T. 2005). Selain itu, Internet juga berperanan sebagai platform  untuk penggunanya memberikan pandangan terhadap sesuatu isu. Golongan belia merupakan populasi yang selalu menggunakan Internet untuk meluahkan perasaan dan fikiran mereka terhadap sesuatu isu.
            Salah satu contoh yang dapat membuktikan golongan belia suka menggunakan Internet untuk meluahkan suara diri ialah seorang lelaki yang bernama WeeMeng Chee. Pemuda ini telah terkenal akibat mengubah lirik lagu kebangsaan Malaysia dan menyanyikan lagu tersebut dalam versi baru. Lagu klip video tersebut telah dimuat naik dalam Youtube yang seterusnya telah menimbulkan kontroversi yang besar dalam masyarakat akibat kadar layari yang tinggi. Hal ini kerana terdapat pihak yang menyokong perbuatan belia ini manakala juga terdapat golongan seperti wakil rakyat, masyarakat Melayu yang membantahkan perbuatan tersebut sehingga ada pihak yang ingin beliau ditahan di bawah ISA malah ada yang ingin beliau dihalau keluar dari Malaysia. (Chen, Malaysia Kini, 2007)
            Dari perisiwa atas, kita mendapati sesuatu perkara mempunyai beberapa sudut berbeza. Kes tersebut telah membuktikan Internet memang telah memberikan peluang kepada Wee Meng Chee untuk meluahkan suara diri dan pandangan beliau terhadap keadaan yang wujud di Malaysia. Pada sudut Wee Meng Chee, Internet telah membawa kebaikan kepada dia kerana dapat menyebarkan mesej klip video kepada masyarakat sedangkan media perdana arus yang dikawal oleh akta-akta atau dimiliki oleh kerajaan tidak akan memberikan peluang kepada beliau untuk menghantarkan mesej klip video tersebut kepada khalayak ramai. Manakala kes sebegini telah membawa keburukan kepada pihak kerajaan kerana klip video tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi dan imej Malaysia pada tahap antarabangsa.
            Setelah kes ini dilaporkan oleh media terdapat pandangan yang berbeza terhadap isu ini. Terdapat sesetengah orang rasa klip video tersebut memang telah memaparkan realiti yang telah berlaku dalam Malaysia. Tetapi persoalan yang perlu kita fikirkan ialah adakah sesuai untuk mengubah lirik lagu kebangsaan sedangkan ia merupakan simbol kenegaraan yang penting. Sebenarnya seseorang ingin meluahkan pandangan diri terhadap sesuatu isu masih ada banyak cara yang lain selain dariapda mengubah lirik lagu kebangsaan. Tidak dapat dinafikan sesuatu isu yang disebarkan melalui Internet mudah menarik perhatian orang ramai terhadap isu tersebut tetapi pernahkah kita fikir sama ada perbuatan tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah yang telah wujud atau hanya membawa kesan yang sebaliknya terhadap seseorang.
            Dari kes Wee Meng Chee telah membuktikan perbuatan beliau telah menimbulkan  masalah kepada dirinya. Antaranya termasuk keselamatan beliau dan ahli keluarganya telah terancam kerana ada yang mengancam nak membunuh dan membakar ruamh dia. (Chen, Malaysia Kini, 2007)
            Kes Wee Meng Chee juga telah memaparkan satu persoalan yang patut kita fikirkan iaitu mengapakah semakin ramai orang terutamanya golongan belia suka memberikan pandangan mereka melalui penggunaan Internet. Adakah ini sekadar  kerana penggunaan Internet mudah dan murah atau disebabkan oleh undang-undang dan peraturan media yang wujud di Malaysia telah mengehadkan masyarakat untuk memberikan pandangan mereka yang seterusnya menyebabkan mereka memilih Internet yang mempunyai kebebasan yang lebih tinggi.
            Sebagai kesimpulan, teknologi memang telah memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat tetapi jikalau ia telah dikawal oleh kerajaan dengan undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan apakah makna walaupun ia semakin canggih dan mudah digunakan? Undang-undang dan peraturan yang digunakan untuk mengawal media akan menghancurkan peluang dan keupayaan generasi muda mendapatkan maklumat di dalam proses pembesaran mereka yang seterusnya menyekatkan daya pemikiran golongan belia.(Nota Prof Ramli).   Walau bagaimanapun, golongan belia juga perlu menggunakan teknologi dengan cermat demi mengelakkan masalah yang tidak diperlukan.     

Leong Tan Ling

               Flew, T. (2005), New media : an introduction. Cambridge : Oxford University Press
              




           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan