Jumaat, 16 November 2012

Budaya Plagiarism di kalangan belia

-PENGENALAN-

Plagiarism mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga sebagai mencedok kata, idea dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri, tiruan atau menciplak.
Dari segi bidang akademik pula bermaksud 'gejala meniru oleh pelajar, profesor penyelidik dan dianggap sebagai penyelewengan akademik. Dari segi bidang kewartawanan pula menganggap plagiarism sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah diberhentikan kerja.

-KAJIAN TENTANG BUDAYA PLAGIARISME DI KALANGAN MAHASISWA-
Mengikut sesuatu kajian yang telah dijalankan oleh Hudi Hutomo Hadi mengenai Plagiarisme Penyelesaian Tugas Akademik di Kalangan Mahasiswa FISIP Universitas Muhammadiyah Malang Indonesia, beliau menganggap bahawa segala interaksi dalam sosial adalah berdasarkan faktor “peniruan”-“imitation factors”. Ia akan melahirkan impak positif dan negatif juga jika perbuatan atau amalan yang diikuti adalah salah dan mampu meninggalkan kesan yang negatif. Dengan sedemikian, jelas menunjukkan bahawa perbuatan plagiarisme merupakan salah satu proses peniruan yang negatif kerana ia menunjukkan sesuatu perbuatan yang tidak beretika dan saling tidak tumpah konsepnya seumpama merompak.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab pelajar universiti mengamalkan “instant culture” iaitu plagiarisme untuk menjawab kertas soalan peperiksaan akhir tahun dan untuk melengkapi kerja tugasan yang diarahkan pada setiap semester. Keputusan yang diperolehi amat menyecewakan kerana selepas menjalankan pendekatan “case study” sebagai kaedah kualitatif dan koleksi pandangan informants dan penjelasan daripada pensyarah Komunikasi untuk kajian ini, ia dibuktikan bahawa budaya plagiarisme sebagai sikap “instant culture” sedang merebak di kalangan mahasiswa.

Dalam satu kajian ke atas 50,000 siswa oleh Center of Academic Integrity (Jun 2005) di kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat juga berpendapat bahawa 70% pelajar-pelajar kolej terlibat dalam budaya plagiat; iaitu seramai 77% pelajar-pelajar kolej tidak sedar bahawa plagiarisme adalah satu isu yang serius. Oleh yang demikian, "The digital revolution is creating a generation of cut-and-paste burglars who view all content on the internet as common property". Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia akademik ini mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan.

-PANDANGAN MENGENAI BUDAYA PLAGIARISME-
Mengikut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu ‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa. Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang lain.

Malahan, terdapat segelintir pelajar menganggap budaya “copy and paste” adalah cara yang mudah dan senang untuk menghabiskan kerja tugasan yang diarahkan oleh pensyarah. Menjelang era digital revolusi pada abad ini, pelajar dapat memperolehi segala maklumat yang diperlukan hanya melalui satu “click” sahaja di GOOGLE.com. Tambahan pula, maklumat yang dapat diperolehi bukan sahaja dalam bentuk artikel atau laporan berita sahaja mahupun sebuah tesis/journal yang melengkapi dengan idea-idea yang sempurna. Maka sukar untuk individu untuk menahan niat sendirian untuk “copy dan paste” seluruh maklumat yang sudah berada untuk melengkapi tugasannya. Selain itu, kadang-kala pelajar menghadapi masalah limitasi masa untuk membuat tugasan yang disuruhkan. Oleh itu, pada keadaan yang sedemikan dan kemudahan untuk mendapati maklumat melalui Internet, jalan yang begitu mudah sebegini ini, adakah anda sanggup mengelakkan diri daripada kegiatan tersebut? Jika anda sanggup, persoalan ditimbulkan lagi bahawa terdapat beberapa pelajar atau cendekiawan belia dapat mengawal diri seperti anda?

Tidak dapat dinafikan juga amalan ini amat memalu dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga menjatuhkan taraf kredibiliti
golongan terbabit. Sebagai cara pencegahan atau alternatif untuk mengelakkan masalah ini bertambah serius, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin dan Scan My Essay banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dan dilihat sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.

Kesimpulannya, pelajar atau cendekiawan sekalian haruslah bijak menggunakan minda yang kreatif dan kritis. Sikap sambil lewa daripada pandangan seluruh masyarakat juga mendorong budaya “instant” ini terus berleluasa. Pensyarah atau “Educator” perlu lebih prihatin dan memberi etika belajar yang perlu diikuti untuk mengekang budaya plagiarisme.

-SUMBER- 
1.   Hudi Hutomo Hadi, (2008) in Budaya Plagiarisme di kalangan mahasiswa (Studi Kasus pada Budaya Plagiarisme Penyelesaian Tugas Akademik di Kalangan Mahasiswa FISIP Universitas Muhammadiyah Malang).
2. Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali, (2011.12.18). Calar imej cendekiawan. myMetro Online. Dipetik daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Calarimejcendekiawan/Article

LIM SU HUI


2 ulasan: