Jumaat, 30 November 2012

Kenapa belia kini terikat dengan laman rangkaian sosial?


 Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang pesat dan menjadikan dunia ini dapat berhubung tanpa sempadan. Internet merupakan satu saluran maklumat yang digunakan secara luas. Kita dapat melihat bahawa semua peringkat umur menggunakan Internet untuk tujuan mereka sendiri, sama ada untuk berkomunikasi, mendidik, menyebarkan maklumat ataupun menghibur.
Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC), jumlan pengguna internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Laman sosial ini kini dijadikan sebagai satu budaya di kalangan belia di Amerika dalam masa yang singkat. Selain itu, teknologi ini terus menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan sosial belia. Dalam hal demikian, muncullah beberapa persoalan yang penting seperti mengapakah belia selalu mempunyai keinginan untuk melayari laman sosial? Apakah yang belia dapat perolehi melalui penyertaan dalam laman sosial? Bagaimanakah laman sosial ini mempengaruhi kehidupan sosial belia? Matlamat post ini adalah untuk membincangkan sebab-sebab belia terikat dengan laman sosial.
Seperti yang di atas, kita boleh melihat rangkaian sosial yang paling popular ialah Facebook. Ia telah menjadi satu budaya baru atau trend yang perlu diikuti oleh pengguna Internet. Percayailah kebanyakan belia tidak kira kepada mereka yang sedang belajar mahupun telah bekerja mestinya mempunyai akaun Facebook sendiri dan sudah tertagih dengannya. Kebiasaannya mereka menggunakan Facebook ini adalah bertujuan menghiburkan sendiri dengan bersembang dan berkongsi apa-apa sahaja dengan kawan mereka. Sebagai contoh, ‘today I am not so happy’, ‘geram betul jumpa dia semasa I pergi kelas’, ‘adui,perut sakit!’ dan sebagainya. Selain itu, Restaurant City, Tetris Battle, Farmville adalah beberapa contoh permainan yang paling popular di kalangan pengguna Facebook. Permainan ini boleh membuatkan pemain ingin terus bermain kerana mereka ingin menaikkan tahap mereka dalam permainan
tersebut. Hal ini akan menyebabkan mereka semakin ketagih atas permainan tersebut. Hal ini akan menyebabkan belia malas untuk belajar dan bekerja. Adakah berbaloi bagi belia untuk membuangkan masa atas Facebook?

   Tambahan pula, tekanan yang dihadapi oleh belia juga menyebabkan mereka terjerumus dalam rangkaian sosial. Sebagai contoh, pelajar sekolah selalunya sibuk menghadiri tuisyen,ceramah,kem motivasi seumpama sedang bertanding dengan masa. Manakala bagi belia yang sedang bekerja pula sibuk mengejar kakayaan supaya tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Kehidupan yang sebegini memanglah amat tertekan. Jadi, tidaklah hairan jika belia merasa seronok semasa melayari laman rangkaian sosial disamping dapat merehat diri dan mendapat hiburan. Mereka akan bersembang dengan rakan maya, memuat turun lagu percuma, menonton drama dan sebagainya. Selain itu, belia dapat berkawan dengan kawan yang baru melalui laman rangkaian sosial malahan kenalan lama mungkin dapat ditemui semula dengan adanya rangkaian sosial tersebut.
Lantaran itu, laman web peribadi juga merupakan satu tarikan bagi belia dalam laman rangkaian sosial. Menurut Turkle, laman web peribadi seperti blogs atau e-diari telah menawarkan pentas bagi belia untuk menyuarakan perasaan dan pendapat mereka. Saya tidak bersetuju dengan pernyataan Turkle. Hal ini disebabkan apa-apa yang diluahkan mestinya akan ditapis oleh pihak tertentu mahupun dikehendaki untuk memadamkan post tersebut sekiranya menyentuh isu-isu yang tidak ingin dibangkit. Namun, terdapat sebilangan penulis belia menggunakan perkataan “therapeutic’’ untuk menggambarkan bagaimana rasanya untuk meluahkan perasaan dalam talian selepas mengalami tekanan, kesedihan, kemarahan atau pengkhianatan.
Justeru, teknologi komunikasi ini juga membawa kesan dan pengaruh kepada belia dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, terdapat seorang wanita Amerika dibunuh oleh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang di Facebook, kes jerat siber, kes penipuan wang, dan seumpamanya. Adakah semua ini salah teknologi yang semakin canggih? Ataupun salah belia
sendiri? Fikirkan! Belia merupakan golongan yang memainkan peranan yang penting dalam memajukan negara ke arah yang lebih cerah pada masa akan datang. Jadi, belia mestilah selalu berfikir secara kritikal bahawa konteks sesuatu semasa menggunakan teknologi komunikasi ini dan bukan selalu jadi pengikut orang lain sahaja.


Beh Yan Peng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan