Jumaat, 16 November 2012


PENGGUNAAN  APLIKASI E-LEARNING

   Apakah itu E-learning?E-learning merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif tv fan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000).Perkembangan teknologi komunikasi dalam pendidikan telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa,tempat,kaedah dan bahan pembelajaran disamping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan.Dengan adanya teknologi ini,ia memudahkan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar universiti.
   Adakah e-learning menyediakan pendidikan yang interaktif? E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
   Apakah kebaikan mengunakan e-learning? Antara ialah pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.Dengan adanya e-learning  juga  pelajar dapat belajar  mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
   Akhirnya, Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.
 
Sumber:
1)Kaplan-Leiserson, E. (2000). E-learning glossary. Retrieved June 17, 2004 from

2)Schutte, J. G. (1997). Virtual Teaching in Higher Education: The New Intellectual
Superhighway or Just Another Traffic Jam?.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan