Jumaat, 26 Oktober 2012

Penyalahgunaan Teknologi dalam Kalangan Belia

            Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan melalui talian diwujudkan seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari informasi, mendapat maklumat, pendidikan, berinteraksi dan menwujudkan budaya celik computer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari sudut pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan penyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan dalam kalangan belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi kepada masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara kita?


            Penyalahgunaan teknologi bukan sahaja berlaku di negara kita sahaja, tetapi juga berlaku di seluruh dunia. Tindakan penyalahgunaan teknologi ini menunjukkan bahawa pengguna tidak dapat mengawal tingkah laku sendiri apabila mereka menggunakan atau mengaplikasikan teknologi. Salah satu penyalahgunaan teknologi ialah jenayah siber. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM, jenayah siber merujuk kepada  aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet. Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam. Untuk mengenalpasti kadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.

            Dalam era globalisasi ini, kecanggihan teknologi seperti internet telah menyebabkan kewujudan penggodam yang banyaknya terdiri daripada golongan belia. Menurut kepada Christoper Harper, penggodaman merujuk kepada sesuatu ancaman siber yang mengakses laman web dengan mencuri maklumat peribadi orang lain (Harper, 2002). Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah sistem komputer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.  Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti www.malaysia.gov.my. , manakala  laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June 2011). Ini bermaksud masalah pencerobohan laman web berlaku di mana-mana tempat tanpa mengira negara yang maju atau negara yang sedang membangun. Jadi, kerjasama ke atas negara antara negara yang lain atau negara antara rakyat amat diperlukan untuk mengurangkan kes jenayah penggodam ini. Selain itu, kerajaan juga memainkan peranan penting dalam pencegahan kes-kes penggodaman di negara. Berdasarkan Utusan Online (11 June 2011), Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengatakan bahawa Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat supaya  negara kita tidak akan terdedah oleh penggodaman yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini demikian kerana kesan penggodaman akan membawa kemusnahan ekonomi negara kita serta maklumat-maklumat sulit negara dapat disebarkan kepada nega-negara lain. Keadaan negara akan bertambah teruk jika maklumat-maklumat yang sulit terhadap negara kita diggodamkan oleh negara musuh melalui teknologi internet. Adakah kecanggihan teknologi maklumat mempunyai kuasa atau kemampuan untuk memusnahkan sesebuah negara jika teknologi disalahgunakan? Tepuk dada tanya selera.

            Dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bahan-bahan  pornografi juga mudah diperolehi melalui pengaksesan internet dan laman web. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan tersebut adalah melalui teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar dan majalah seperti Playboy. Selain daripada itu, bahan-bahan lucah juga disebarkan melalui pita video dan cakera padat (VCD). Manakala kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat. Hal ini demikian kerana kini ratusan ribuan laman web mengalami kebanjiran bahan pornografi dan video lucah mudah diakses melalui komputer dan telefon mudah alih. Menurut Dr. Sidek Baba, mereka yang menonton bahan-bahan lucah adalah untuk mengisi kesunyian mereka. Amalan menonton video lucah akan menimbulkan ketagihan belia kerana mereka merupakan golongan yang menpunyai rasa keinginan mencuba yang tinggi. Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik. Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka akan melahirkan fantasi seksual ciptaan sendiri apabila mereka menonton video tersebut melalui internet. Adegan-adegan yang dipaparkan melalui video di internet dan televisyen akan menyebabkan belia meniru dan menpraktikkan adegan atau aksi yang dilakukan oleh pelakon dan ini seterusnya menyumbangkan berlakunya masalah sosial. Keseronokan menonton bahan lucah akan mendorong seseorang gila seks sehingga menyebabkan berlakunya jenayah seks seperti kes perzinaan, rogol dan sumbang mahram serta menyumbangkan isu pembuangan bayi atau anak luar nikah.

            Tambahan pula, kemajuan teknologi seperti kamera dengan resolusi tinggi HD pada telefon pintar telah mewujudkan aktiviti rakaman video lucah dalam kalangan belia. Bukan sahaja ini, telefon bimbit yang berteknologi 3G yang menpunyai fungsi untuk menghantar dan menerima klip video yang berunsur lucah. Jadi, teknologi yang semakin maju ini telah meningkatkan kadar pendedahan kalangan belia terhadap bahan pornografi. Menurut Azli Paat, Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), kebanyakkan klip 3gp yang memaparkan aksi lucah pasangan remaja dirakam menggunakan telefon bimbit telah menjadi bahan hiburan dalam kalangan belia kerana fail 3gp lebih mudah dirakam, dirakam dan disebarkan. Lebih teruk lagi, rakaman tersebut juga boleh dimuat naik ke internet selain penyebaran melalui telefon bimbit. Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pelajar Malaysia yang jurusan undang-undang yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS) memuat naik gambar dan video aksi lucah yang bersama teman wanitnya dalam blog mereka (Utusan Online,19 Oktober 2012). Rakaman aksi seks dengan menggunakan telefon bimbit atau kamera web telah menjadi stau trend dalam era teknologi hari ini. Justeru itu, kita perlu salahkan mereka  ataupun kita perlu salahkan teknologi yang menyumbangkan trend ini?

            Kewujudan teknologi canggih ini juga mempengaruhi perubahan sosial budaya.  Hal ini demikian kerana kesalahgunaan teknologi telah meyebabkan kewujudan budaya plagiarism atau amalan ‘copy dan paste’ yang semakin serius dan merebak di kalangan mahaiswa-mahasiswi universiti.  Menurut  Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah menggunakan idea orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis asal serta  megambil hak cipta orang lain menjadi  hak persendirian. Sebagai contoh,  golongan belia telah menyalahgunakan teknologi  sebagai satu cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka  dengan meniru, menciplak  dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet. Adakah budaya plagiarism sudah wujud sebelum kewujudan teknologi internet? Menurut  Maharam Mamat, kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Sebagai contoh, menurut Imran Shamsir, budaya plagiarism biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah mendapat maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara menaip sahaja apa bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google” atau “Yahoo” dan ‘copy paste’  maklumat dalam laman web yang berkenaan sahaja. Budaya plagiarism ini merupakan jenayah akademik.  Pihak universiti perlulah bertanggungjawab dan berusaha mencegah gejala plagiarisme yang berlaku semakin menular di universiti.

            Selain itu, penyalahgunaan teknologi canggih di kalangan belia juga akan menyebabkan imej negara terjejas dan tercemar. Jadi, belia-belia haruslah pandai menggunakan teknologi komunikasi dan jangan menjadikan teknologi komunikasi menjadikan satu alat yang menghancurkan imej negara. Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga menubuhkan satu unit khas yang bertanggungjawab untuk memantau pengerakan laman web dan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang didapati disalahgunakannya (Utusan Melayu, 14 September2010). Tindakan ini dapat mengelakkan imej negara kita tidak dapat dicemarkan melalui Internet. Walaubagaimanapun, perkara-perkara masih tidak dapat kita jangkakan, imej perpaduan negara masih terjejas walaupun langkah-langkah telah dilaksanakan.  Imej perpaduan yang terbina dalam negara kita hancur kerana wujudnya kalangan belia yang tidak bertanggunjawab yang cuba merosakkan perpaduan yang sedia ada dengan menggunakan internet untuk melakukan penghinaan terhadap kerajaan dan institusi raja. Sebagai contoh, pada tahun ini, seorang jurutera yang bernama Chan Hon Keong, 29, dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana dia didapati bersalah terhadap pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahu  lalu. Hal ini kerana Chan telah mengedarkan  komen yang berunsur lucah dan menghina intistusi raja Sultan Perak melalui laman web (Utara News, June 2012).

            Jika dipandangkan dari sudut optimis, kecanggihan teknologi sememangnya telah membawa kamajuan dan perubahan dalam kehidupan seperti kewujudan telefon-telefon pintar iaitu Blackberry, Galaxy Tab, iPhone 5 yang terbaru, Samsung Galaxy S3 telah memudahkan kehidupan seharian. Fungsi-fungsi telefon bimbit berubah dari hanya menerima dan membuat panggilan sehingga kepada membolehkan belia berkomunikasi dengan orang lain secara bersemuka dengan aplikasi 3G, menghantar mesej dan video melalui khidmat “Short Message Service (SMS)” dan “Multimedia Messaging System (MMS)”,  mendengar lagu dan menonton video secara talian serta melayari internet. Di sebaliknya, kecanggihan teknologi juga menyebabkan masyarakat terutama golongan belia mempunyai kecederungaan menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial facebook dan memainkan online games melalui telefon pintar atau komputer. Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Akibatnya, mereka akan terasing diri daripada keluarga dan masyarakat serta lebih suka berinteraksi berpandukan media. Menurut Dr. Jessica Ong Hai Liaw, peralatan teknologi canggih yang terdapat dalam pasaran seperti Ipad, Iphone dan Galaxy Tab akan menyebabkan ikatan kekeluargaan semakin renggang dan hubungan sesama kita untuk berjumpa dan berbual secara bersemuka semakin terjejas .Tambahan pula, hal ini juga boleh dilihat di sekeliling kita bahawa belia boleh sibuk dengan telefon bimbit mereka tanpa mengira mana tempat mereka berada. Sebagai contoh,  mereka masih memainkan telefon bimbit mereka walaupun pada masa makan bersama keluarga.
 
             Pada zaman yang moden ini, teknologi akan turut mengalami perubahan dan evolusi sedangkan ia berlakunya proses modernisasi di bidang teknologi maklumat. Masayrakat yang hidup pada zaman ini tidak akan terlepas daripada perubahan dan evolusi. Hal ini boleh dilihat ke atas teknologi ini tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat terutamanya golongan belia kerana mereka mempunyai hubungan yang signifikan terhadap teknologi yang canggih ini. Hal ini kerana belia menggunakan teknologi komunikasi untuk mempermudahkan urusan mereka dan memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan melalui internet. Tambahan pula, belia juga perlu berusaha mewujudkan budaya penggunaan teknologi yang sihat dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menggerak pembangunan dan kemajuan negara kita di samping mengejar arus globalisasi yang semakin pantas di dunia ini.Walaubagaimanapun,  dari pandangan yang alternatif, bukan semua daripada mereka yang dalam kalangan belia adalah bijak menapis perkara dengan baik dan buruk. Hal ini kerana ada antara daripada mereka bersikap naif dan mudah mempercayai orang dengan mudah memberi maklumat diri yang peribadi seperti alamat maklumat kepada orang yang tidak dikenali di alam maya.

            Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul menpunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.