Jumaat, 26 Oktober 2012


Adakah Teknologi Komunikasi Mendominasi Kehidupan Belia?

           Cuba tanya orang sekeliling kita termasuklah ibu bapa kita yang dari generasi yang lebih tua daripada kami. Bagaimanakah mereka berkomunikasi dengan orang lain yang berada di tempat yang sangat jauh? Sekarang cuba bandingkan generasi kini dengan generasi dahulu apabila kita berada di situasi yang disebutkan di atas. Generasi kini akan mengguna teknologi komunikasi yang terkini bagi mengatasi masalah daripada menggunakan kaedah tradisional dan manual. Aspek ini merupakan perbezaan antara generasi kini dan generasi lepas.

            Contoh di atas telah menunjukkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mengubah cara manusia berkomunikasi dengan orang lain. Berkomunikasi dengan orang lain dan saling bertukar infomasi serta maklumat merupakan keperluan asas manusia. Dulu, berada di tempat jauh sukar untuk menghubungi antara satu sama lain. Sekarang, teknologi komunikasi membolehkan kita menggunakan alat seperti telefon bagi kita menghubungi orang lain yang berada di tempat yang jauh dalam masa yang singkat. (Bruce & Hilvert, 2006) Rancangan Malaysia Kesembilan telah menunjukkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu sektor yang amat penting bagi pertumbuhan ekonomi negara disebabkan perkembangan sektor ini yang pesat. Perkara ini telah menunjukkan teknologi komunikasi telah mendominasi dunia sekarang dan secara langsungnya ia menjadi sebahagian dalam kehidupan kita.

Menurut World Youth Report 2003, telefon bimbit dan komputer merupakan alat teknologi maklumat dan komunikasi yang diperlukan oleh kita dalam kehidupan. Penggunaan harian peralatan tersebut semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak terutamanya negara yang kaya seperti Finland dan Japan. Contohnya, peratusan kanak-kanak antara umur 7 tahun sehingga umur 10 tahun di negara Finland yang mempunyai telefon bimbit sendiri adalah kurang daripada 5 peratus tetapi kadar peratusan telah meningkat kepada 30 peratus pada tahun 2001. Dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 15 tahun, peratusan kanak – kanak mempunyai telefon bimbit adalah 15 peratus pada tahun 1999 dan telah mencapai peningkatan peratusan sehingga ke 66 peratus pada tahun 2001. Belia telah mengaplikasi penggunaan ICT  dalam kehidupan mereka. Kewujudan ICT telah menjadikan kehidupan belia generasi kini berbeza dengan belia generasi awal.

Belia di Malaysia juga tidak dapat melarikan diri daripada arus pemodenan ini di mana kebanyakan belia mempunyai telefon bimbit. Menurut kajian “Mobile Phone and Short Message Service Appropriation, Usage and Behavioral Issues among University Students” yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Malaya telah menjelaskan tren belia generasi kini dalam menggunakan telefon bimbit. Terdapat sebanyak 34.5 juta rakyat Malaysia yang mempunyai telefon bimbit. Pengenalan sistem pra-bayar oleh syarikat telekomunikasi telah meningkat penggunaan telefon bimbit terutamanya golongan belia yang menyumbang lebih daripada 30% daripada jumlah pengguna telefon mudah alih di Malaysia. Dalam kajian ini, telefon bimbit digunakan sebagai medium bagi menguruskan komunikasi harian. (Dimmick et al., 1994). Kajian ini yang dijalankan antara 417 orang belia dari bandar telah menunjukkan belia tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit sehingga berasa tidak selesa jika telefon bimbit tidak berada dengan mereka. Kajian ini juga menunjukkan belia terlalu bergantung pada telefon bimbit sehingga mereka berasa tertekan jika seseorang tidak menjawab panggilan atau membalas mesej pesanan ringkas mereka. Tambahan lagi, kajian ini yang dijalankan dalam kalangan belia ini telah menunjukkan jenama dan tren menjadi faktor utama mereka membeli telefon bimbit.

Kenapa belia generasi kini gemar dan mengejar telefon bimbit yang berjenama dengan harga yang mahal sedangkan terdapat pilihan lain yang lebih murah tersedia di pasaran? Menurut kajian yang disebutkan di atas, jenama seperti Nokia, Samsung dan Sony Ericson serta tren seperti skrin menjadi simbol status dan belia berasa bangga dan berasa diri bergaya apabila mempunyai telefon bimbit yang berjenama kini. Menurut Cant and Machado (2004), kesedaran jenama dalam kalangan kanak-kanak bermula sejak umur 3 tahun. Belia generasi kini didedahkan dengan teknologi canggih terlalu awal sehingga mereka tidak dapat hidup tanpanya dan sering mengejar telefon bimbit yang canggih bagi memenuhi keperluan mereka. Telefon bimbit yang hanya mempunyai fungsi membuat atau menerima panggilan dan menghantar atau membalas mesej pesanan ringkas tidak lagi memenuhi keperluan belia sekarang malah telefon bimbit perlulah mempunyai fungsi kamera, mendengar lagu dan yang paling penting sekali mempunyai fungsi WIFI.

Syarikat telefon bimbit yang sedar terhadap potensi pasaran golongan belia sering mengeluarkan telefon bimbit yang canggih dengan fungsi yang semakin bertambah dan reka bentuk yang semakin cantik bagi memenuhi keperluan pasaran kerana golongan ini suka terhadap benda yang baru. Justeru, fenomena biasa boleh dilihat pada belia sekarang di mana mereka sering menggunakan telefon bimbit sama ada membuat panggilan, menghantar mesej pesanan ringkas ataupun melayari Internet di mana-mana tempat. Belia juga biasa dengan menyemak atau melayari telefon bimbit mereka walaupun tiada sesiapa yang membuat panggilan atau menghantar mesej pesanan ringkas kepada mereka. Perkara ini berlaku kerana mental belia yang sudah biasa dengan rutin ini dan mereka akan berasa tertekan jika rutin ini tidak dilakukan.

Secara kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi komunikasi sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia. Perkara ini berlaku kerana segala maklumat akan disampaikan melalui teknologi komunikasi. Belia yang tidak peka terhadapnya hanya akan ketinggalan dan tidak dapat bersaing dengan orang lain dalam arus zaman teknologi kini. Namun, setiap perkara yang wujud di dunia ini mempunyai kebaikannya dan keburukannya. Manusia yang tidak menggunakannya secara wajar hanya akan mendatangkan impak negatif yang tidak selari dengan tujuan asal alat itu dicipta kerana setiap perkara di dunia ini tidak wujud dalam kekosongan. Justeru, belia sebagai tunggak negara kita harus menggunakan alat teknologi komunikasi secara wajar dan bukannya terlalu bergantung pada alat tersebut.





Sumber: :

Bruce, L., & Hilvert, J. (2006) Communications Technology. United States of America :
Smart Apple Media

http://books.google.com.my/books?id=F1rbAAAAMAAJ&q=COMMUNICATION+TECHNOLOGY&dq=COMMUNICATION+TECHNOLOGY&hl=en&sa=X&ei=ZeyLUOYFhOqtB8ungMAO&ved=0CEIQ6AEwAw

http://www.malaysia.gov.my/EN/RELEVANT%20TOPICS/INDUSTRYINMALAYSIA/BUSINESS/IC T/Pages/  ICT.aspx

http://www.un.org/esa/socdev/unyin/documents/ch12.pdf

http://unworldyouthreport.org/index.php?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=170

http://uir.unisa.ac.za/bitstream/handle/10500/717/dissertation.pdf?sequence=1
thescipub.com/pdf/10.3844/jssp.2012.364.371 


Teng Ai Ling

Jumaat, 19 Oktober 2012

Cabaran Teknologi Komunikasi Dan Implikasinya Terhadap Belia Masa Kini.

Cabaran Teknologi Komunikasi Dan Implikasinya Terhadap Belia Masa Kini.

Generasi muda yang lahir setelah wujudnya teknologi komunikasi baru berbeza dengan generasi yang lebih tua. Hal ini kerana  golongan belia akan menerima sesuatu  yang baru itu tanpa berasa janggal atau curiga. Oleh itu, kesan teknologi komunikasi adalah lebih ketara terhadap golongan ini. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang bukti yang boleh menjelaskan mengenai kesan langsung teknologi komunikasi terhadap golongan belia.
Konflik penyesuaian diri terhadap teknologi komunikasi baru juga boleh berlaku dalam kalangan belia. Hal ini kerana terdapatnya  jurang digital antara belia di bandar dan di luar bandar. Oleh itu, kerajaan telah berusaha mengadakan pelbagai pelan pembangunan menerusi pelbagai agensi bagi mengurangkan jurang digital ini. Namun persoalannnya, mampukah usaha tersebut menyelesaikan permasalahan ini.
Daripada suatu sudut, teknologi komunikasi baru banyak memberi nikmat kepada belia dari segi pengaliran dan pemerolehan maklumat baru dan terkini. Namun, dari sudut yang lain pula teknologi  komunikasi boleh menimbulkan kekalutan, keraguan, dan ketidakpuasan hati serta konflik nilai.

Perkembangan Teknologi Komunikasi di Malaysia
Malaysia mempunyai wawasannya yang tersendiri dalam membentuk satu konsep yang berasaskan kepada elektronik dan juga Teknologi Komunikasi Maklumat atau Information Communication Technology (ICT). Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi berdaya saing, membangun dan menyedia produk atau perkhidmatan berasaskan pengetahuan serta menjadikan ICT sebagai satu sektor yang penting dalam pembangunan negara. ICT adalah satu pembolehubah yang mendorong Malaysia membentuk satu negara yang terdiri daipada masyarakat bermaklumat dan masyarakat berasakan nilai pada tahun 2020 nanti. Masyarakat bermaklumat ini lebih kepada masyarakat yang boleh membuat akses kepada maklumat untuk menyelesaikan tugasan dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi dengan wujudnya budaya pembelajaran sepanjang hayat, kita boleh membentuk sebuah negara yang disambungkan oleh ICT kepada masyarakat bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu, beretika, bermoral dan kualiti kehidupan yang lebih sempurna.
Sekiranya ICT diterapkan dalam mencapai matlamat-matlamat tersebut kita akan menjadi sebuah negara yang akan menjadi hub teknologi maklumat dan multimedia di rantau ini. Oleh itu kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang lebih dinamik, sistematik dan strategic dalam membentuk sebuah negara yang berasaskan kepada pembolehubah ICT dalam pemerintahan, politik, ekonomi dan soasial. Antara pendekatan strategi negara dalam pembangunan ICT adalah penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Negara atau National IT Council (NITC), Agenda Teknologi Maklumat Negara atau National IT Agenda (NITA), projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) dan sebagainya.

Jurang Digital Antara Belia
Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer diMalaysia terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor,Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Ini bermakna, baki selebihnya dimiliki olehpenduduk bagi 11 buah negeri yang lain, iaitu lebih kurang kadar purata 3.18 peratus bagisetiap negeri.Pada masa yang sama, peratus mampu milik komputer di kalangan penduduk masih beradadi tahap yang rendah, iaitu sebanyak 5% sahaja. Pada tahun 1998 misalnya, kadar akses Internet adalah sebanyak 6 peratus bagi setiap 100 populasi penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap rumah. Walaupun laporan menunjukkan sebanyak 182 peratus pelangganan Internet telah dilaksanakan di Malaysia, namun kebanyakannya hanya tertumpu di Lembah Kelang, Selangor dan di bandar-bandar besar seluruh negara.Statistik ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang amat ketara dalam pemilikan komputer peribadi dan
kemudahan Internet di antara penduduk di bandar dan di luar bandar.
            Ironinya belia di luar bandar khususnya masih ketinggalan dalam mendapatkan akses internet sehingga kini. Hal ini disebabkan tiadanya liputan atau kemudahan akses terhadap internet di kawasan mereka kerana syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam penyediaan liputan internet hanya memberikan fokus perkhidmatan mereka di kawasan-kawasan bandar dan membengun sahaja dan boleh mendapatkan pengguna yang ramai dan keuntungan yang tinggi. Selain itu, terdapat juga belia yang berada di bandar namun tidak mampu mendapatkan akses terhadap internet walaupun terdapatnya liputan yang luas. Hal ini kerana mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk membayar cas perkhidmatan internet yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.
Keadaan ini memerlukan kita untuk melihat isu jurang digital ini dari pelbagai sudut pandangan dengan mengambil kira faktor sistem kapitalis dan struktur kelas masyarakat. Hal ini kerana dari segi sistem kapitalis kita boleh melihat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi hanya menyediakan liputan internet di kawasan-kawasan membangun terutamanya di bandar-bandar kerana langganan dan keuntungan yang lebih besar bebanding kawasan-kawasan luar bandar. Dari segi struktur masyarakat pula kita boleh melihat bahawa golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan agak sukar untuk mendapatkan akses terhadap internet kerana tidak mampu membayar cas perkhidmatan walaupun berada di bandar.
Jurang digital adalah masalah yang sentiasa akan wujud bersama inovasi teknologi yang digarap oleh masyarakat. Kewujudannya mengikut masa dan tahap teknologi yang diterapkan dalam masyarakat tersebut. Hal ini telah diandaikan sebagai masalah global yang perlu diatasi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Kerajaan, pihak swasta, NGO, pertubuhan antarabangsa dan individu sendiri perlu berkerjasama bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya diabaikan, kemajuan sesebuah negara akan menjadi lambat kerana wujudnya ketidakseimbangan dan dikhuatiri boleh mewujudkan masalah sosial yang lebih kronik. Manusia perlu diberikan tumpuan yang khusus dalam menangani isu jurang digital ini kerana merekalah pengguna dan penerima kesan akibat penggunaan teknologi.

Kesan Teknologi Komunikasi Terhadap Kehidupan Sosial Belia.
Siapa sangka dalam 230 buah negara di dunia, Laman Sosial Facebokers melaporkan bahawa Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna Facebook paling ramai di dunia di mana pengguna Facebook di Malaysia kini mencecah hamper 12 juta orang dengan kadar penembusan 69.91 pengguna internet. Sedangkan jika dilihat dari segi populasi, Malaysia berada di kedudukan ke-44 negara paling ramai penduduk.

Statistik Pengguna Facebook di Malaysia
 

                                               

            
Jika dilihat pula peratusan mengikut umur kita dapati sebanyak 76% daripada pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka yang berumur 18 hingga 44 tahun iaitu golongan belia dengan jumlah seramai 8.9 juta orang. Peratusan yang tinggi ini menunjukkan bahawa golongan belia adalah pengguna laman sosial Facebook yang paling dominan di negara ini. Hal ini menunjukkan golongan belia berpotensi besar untuk dipengaruhi oleh teknologi komunikasi terkini dari segi sosial dan kehidupan mereka.
             Namun kita tidak boleh melihat dan membuat kesimpulan awal terhadap kehidupan dan sosial belia dengan hanya melihat terhadap statistik penggunaan sesuatu laman sosial semata-mata. Hal ini memerlukan kita melihat skop dalam ruang lingkup yang lebih luas kerana teknologi komunikasi bukan sekadar laman sosial semata-mata, malahan lebih luas daripada itu.
            Kita semua pasti tahu bahawa teknologi komunikasi membawa pelbagai kebaikan kepada penggunanya dari segi pengaliran maklumat dan informasi terkini dengan mudah terutamanya kepada golongan belia. Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa teknologi maklumat terutamanya internet adalah sangat luas dan dikatakan sebagai tiada sempadan. Oleh itu, sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa maklumat yang mengalir kepada golongan belia bukan sahaja maklumat yang penting dan mereka perlukan tetapi juga maklumat yang berbentuk negative seperti hasutan, fitnah dan sebagainya.
            Maklumat yang diperoleh akan mempengaruhi minda golongan belia seterusnya kehidupan dan sosial mereka. Sekiranya mereka memperoleh maklumat yang postitif, maka positif la gaya sosial mereka dan sebaliknya. Walau bagaimanapun teknologi komunikasi tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya faktor yang mempengaruhi kehidupan dan sosial golongan belia tetapi terdapat banyak lagi factor-faktor lain yang ada di sekeliling mereka seperti ibu bapa, rakan-rakan dan sebagainya.
            Kesimpulannya dalam menentukan cabaran dan implikasi teknologi komunikasi kita perlu melihat daripada pelbagai sudut. Kita tidak boleh menyalahkan teknologi komunikasi semata-mata  berkaitan masalah sosial dalam kalangan belia masa kini tetapi harus melihat dalam konteks yang lebih luas iaitu terdapat pengaruh-pengaruh yang lain.

Rujukan.
Mohd Azul Mohamad Salleh et.al. (2005). “Isu Dan cabaran Dalam Pembentukan Masyarakat Jaringan Di Malaysia” dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2002. UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.

http://www.compserv.sabah.gov.my (akses: 9 Oktober 2012)
http://myais.fsktm.um.edu.my (akses: 10 Oktober 2012)
http://www.utusan.com.my (akses: 10 Oktober 2012)
http://www.maele.net (akses: 11 Oktober 2012)