Isnin, 3 Disember 2012


Kecenderungan remaja membunuh diri akibat buli siber

Teknologi yang semakin canggih pada masa kini telah menyebabkan jumlah pengguna internet dan alat peranti komunikasi meningkat dengan mendadak dalam kalangan remaja. Contohnya, penggunaan telefon bimbit yang meluas iaitu kira-kira 14.2 juta pengguna di negara ini pada tahun lalu dengan 30 peratus daripadanya remaja bawah 15 tahun.(Utusan Malaysia, 2005) Seiring dengan perkembangan teknologi, laman web sosial juga menjadi kegilaan dan fenomena dalam kalangan penggunanya.(Dewan Siswa,  April 2012 ). Remaja melayari internet untuk berkongsi maklumat , video dalam rangkaian sosial seperti Facebook , Twitter, dan sebagainya.Ini memang merupakan satu platform yang bagus untuk remaja meningkatkan pengetahuan mereka .Malangnya , penyalahgunaaan teknologi ini telah berlaku sejak kebelakangan ini dan mewujudkan satu fenomena iaitu buli siber .

Menurut Jabatan  Kesihatan dan Perkhidamatan Manusia Amerika Syarikat , buli siber berlaku apabila seseorang individu dibuli , diganggu, diugut atau dimalukan melalui teknologi elektronik  seperti telefon bimbit , computer, tablet dan sebagainya. Buli siber tidak melibatkan fizikal tetapi lebih kepada emosi.Ini akan membuatkan seseorang berasa terluka ,  terasing dan sedih.  Jenis pembulian siber adalah termasuk membuat khabar angin atau fitnah , menyebarkan gambar yang memalukan sehingga menghantar mesej memalukan, berulang kali mengganggu ( termasuk gangguan seksual ) , mengancam dan memalukan seseorang tanpa mendedahkan identiti mereka yang sebenar .  

Namun ,kebanyakkan mangsa buli siber akan  berasa termenung , rendah diri , kebimbangan dan cenderung membunuh diri.Ini dapat disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Dr. Justin W.Patchin dan Dr. Sameer Hinduja , Pengarah Pusat Penyelidikan Buli Siber.Mereka telah menjalankan kajian terhadap buli siber dalam kalangan remaja dan  mendapati 33% adalah mangsa buli siber , manakala  22% remaja  berasa sedih dan  membunuh diri akibat buli siber. Selain itu, American Academy of Pediatrics juga menjalankan satu analisis retrospektif sebanyak 41 kes terhadap bunuh diri dan buli siber. Analisis tersebut telah menujukkan bahawa buli siber merupakan satu faktor yang menyebabkan remaja membunuh diri .

Antara kes yang menggemparkan masyarakat adalah mangsa kematian Amanda Todd yang berumur 16 dari British Columbia , Kanada .Dia telah didapati membunuh diri pada 10 Oktober 2012 .Namun sebelum kematiannya, dia telah memuat naik satu video yang bertajuk Struggling. Bullying, suicide, self harm. Dia telah menggunakan kad untuk menceritakan  segala perkara yang telah berlaku.Antara perkara yang  telah berlaku adalah dia mendedahkan buah dadanya kepada seorang lelaki dalam laman web. Lelaki tersebut telah menyebarkan gambar tersebut dan menggunakan gambar buah dada Amanda Todd menjadi gambar profil.Perkara ini telah  menyebabkan Amanda Todd menerima  pelbagai cacian dan maki. Selepas itu, dia telah berpindah ke banyak tempat tetapi dia masih tidak dapat mengelakkan gangguan tersebut .Akhirnya, dia tidak dapat bertahan dengan kehidupan ini dan membunuh diri .


Kes yang telah berlaku ini memang menyedihkan .Namun, perkara tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan yang boleh kami berfikir Yang pertama adalah bunuh diri.  Adakah bunuh diri akan menjadi trend bagi remaja yang mengalami buli siber ? Ini adalah disebabkan  beberapa kes bunuh diri telah berlaku selepas kematian Amanda Todd. Antara kes bunuh diri adalah Felicia Garcia yang berumur 15 dari New York . Dia telah membunuh diri akibat diseksa dan dibuli oleh kawannya. Seterusnya adalah David H. Hernandez yang berumur 16 tahun.Dia telah menamatkan kehidupannya akibat dibuli oleh kawannya. Antara persamaan mereka adalah dibuli.Selain itu,kami juga perlu memikirkan bahawa membunuh diri adalah hanya satu caranya bagi mangsa buli siber untuk menyelesaikan atau menamatkan penderitaanya? Sebenarnya tidak , remaja boleh meminta bantuan daripada NGO , ibu bapa atau orang yang boleh dipercayai. Selain itu , remaja boleh membuat laporan polis supaya pembuli menerima hukuman yang sepatutnya,Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun. 

Seterusnya adalah tanggungjawab remaja dalam menggunakkan teknologi .Banyak orang telah menyalahkan pembuli siber di mana mereka adalah pembunuh secara tidak  langsung kepada mangsa buli siber. Ini memang merupakan perkara yang  tidak dapat dinafikan. Tetapi, mangsa buli siber juga perlu memikul tanggungjawab.Mereka sepatutnya menjadi pengguna teknologi yang bijak supaya mengelakkan pemberian peluang buli siber.Contohnya, mereka harus menyimpan maklumat peribadi dengan bagus atau mengelakkan komunikasi dengan orang yang tidak dikenali dan sebagainya.  Malangnya, ramai remaja tidak melakukan sesuatu yang boleh mengelakkan perkara yang mungkin menimbulkan pembulian siber. Laporan Keselamatan Siber Malaysia telah  menunujukkan 40%remaja beranggapan tidak mengapa berbual dengan orang yang tidak dikenali di Internet,20% remaja beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet, 30%remaja member pertimbangan untuk bertemu rakan Internet dan 9% remaja pernah bertemu rakan pertama yang dikenali melalui Internet. Oleh itu , remaja seharusnya berfikir dengan jelas sebelum menjalankan sesuatu.

Kesimpulannya, remaja seharusnya menggunakan teknologi dengan cekap supaya tidak memberi peluang kepada pembuli. Selain itu , remaja harus mendapat bantuan daripada ibu bapa atau orang yang dipercayai. Remaja juga harus mengambil berat antara satu sama lain supaya mengurangkan masalah kes buli siber .


HARGAI NYAWA ANDA !

BUNUH DIRI BUKAN CARANYA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH !

HENTIKAN BULI SIBER !!!




   .
Disediakan oleh , 

Ong Wei Ling 



Rujukan
1 .Justin W.Patchin, October30, 2012, Amanda Todd , Cyberbullying and Suicide, 
    dipetik daripada 

2. Ketagihan Seks Siber : Pengalaman Kaunselor Di Malaysia , Mohd.Zaliridzal M.Sc Dini 
3.  What is Cyberbullying, dipetik daripada

4.   Mohd Azis Ngah ,Buli Siber, dipetik daripada

5.   Cyberbullying Research Summary , Sameer Hinduja  and Justin W.Patchin, 
      dipetik  daripada
      http://www.cyberbullying.us/cyberbullying_and_suicide_research_fact_sheet.pdf
            

6.  Maslin Masrom dan Nadia Jamal, Antara Buli Siber dengan Gangguan Siber, Dewan Siswa
    April 2012, dipetik daripda
     http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?m=201204

Tiada ulasan:

Catat Ulasan