Jumaat, 19 Oktober 2012

Teknologi Komunikasi Pengganti Komunikasi Interpersonal


Kini, kehidupan golongan belia telah menggantikan teknologi komunikasi sebagai komponen utama dalam kehidupan harian mereka daripada komunikasi interpersonal serta akan menjadi bertambah penting pada masa yang akan datang. Dalam zaman era moden, teknologi komunikasi boleh dikenali sebagai media baru. Murunut, Jan Van Dijk, media baru adalah dibentuk secara pencantuman ciri-ciri media lama seperti surat khabar, telefon, radio, photografi, dan sebagainya. Manakala, media baru boleh dikenal sebagai internet yang meliputi ketiga-tiga jenis ciri-ciri komunikasi iaitu, telekomunikasi, komunikasi data, komunikasi massa serta pelbagai jenis data seperti ( gambar, suara, teks, data berangka) yang datangnya dari pencantuman media lama. Golongan belia hari ini terlalu bergantung kepada kemudahan internet yang mendedahkan mereka pelbagai jenis bentuk maklumat dan boleh diakses dengan mudah dan cepat. Amat berjauh berbezanya kalau berbanding dengan zaman dahulu golongan belia yang mengelilingi buku atau perpustakaan tetapi golongan belia sekarang pula mengelilingi komputer dengan laman web sosial.
     Keadaan yang membimbangkan ialah ketagihan penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan belia. Komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan asas dalam kehidupan mereka. Penggunaan teknologi komunikasi dalam jangka masa yang panjang mengakibatkan belia terjerumus dalam melayari internet. Keadaan ini akan menyebabkan golongan belia kehilangan fungsi dan peranan mereka sebagai penghubung dengan masyarakat untuk membina hubungan sosial yang kukuh. Mereka kurang menjalankan komunikasi interpersonal atau berinteraksi dengan orang lain dan hanya hidup dalam dunia mereka sahaja. Selain itu, mereka kurang memberi pemerhatian terhadap isu semasa, masalah masyarakat, negara serta antarabangsa.  Golongan belia semakin menjadi pasif dalam konteks memberi pemerhatian terhadap isu yang berlaku di sekeliling mereka.
     Jenis komunikasi yang bersifat lama seperti komunikasi interpersonal tidak lagi aktif dalam kalangan belia. Kebanyakan mereka akan menyelesaikan atau membincang perkara dalam  komputer jika berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Komunikasi interpersonal merupakan satu jenis komunikasi yang dinilai baik dalam mengubah sikap, kepercayaan, pemikiran seseorang. Kaedah komunikasi berlaku untuk mengeratkan antara hubungan pemberian dan juga penerima. Ini dapat mempertingkatkan pemahaman antara satu sama lain ( Joseph A. Devito ). Kaedah ini telah dibangunkan serta dapat digunakan dalam teknologi komunikasi. Skype merupakan teknologi komunikasi yang moden tetapi ia boleh menyebabkan masalah jarak bukannya lagi alasan kepada mereka untuk mengekalkan hubungan mereka walaupun berada di tempat yang berlainan.
     Semasa melakukan perbualan pelbagai jenis intonasi boleh digunakan dan juga  bersambilan dengan gesture untuk menyampai maksud yang hendak disampaikan kepada orang lain. Tetapi trend pada hari ini adalah, kebanyakan golongan belia semakin melupakan diri. Mesej yang ingin disampaikan adalah mereka telah mengurangkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing dengan bahasa yang formal dan betul. Seperti yang dikatakan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa seimbang internet secara berleluasa dan sukar untuk dibendung dalam kalangan pengguna laman web sosial. Keyakinan untuk bertutur serta menghadap kepada orang ramai telah dikurangkan.
       Kesimpulannya, setiap jenis perkara dalam dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang pentingnya  ialah golongan belia mestilah hendak menggunakannya dengan bijak dan mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan pergantungan terhadap sesuatu perkara. Ini disebabkan oleh sebarang perkara akan berubah pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Terutamanya, kalangan belia hendaklah bijak dalam pengurusan sumber seperti masa untuk memastikan bahawa semua aspek dapat dipenuhi dan dilengkapkan.

Sumber:

1. Saodah Wok etc (2003)Teori-teori siri-siri Komunikasi: ‘teori dan komunikasi teknologi’: PTS Professional Pubshing Sdn. Bhd: 118-122


Chung Lee Sing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan