Jumaat, 12 Oktober 2012

A. Membina identiti kedua “ Second self” dalam kalangan belia melalui teknologi komunikasi


1. Pengenalan

Di Malaysia, lingkungan umur belia adalah dalam lingkungan 15-40 tahun. Julat umur belia ini adalah berbeza mengikut setiap negara. Jumlah belia di negara-negara ASEAN secara spesifiknya adalah berbeza antara satu dengan negara yang lain. Ini adalah mengikut salah satu kajian yang dijalankan oleh sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertapak di Tanjung Malim, Perak pada tahun 2008. Peratusan jumlah populasi belia di Malaysia adalah yang tertinggi dalam rantau ini, disusuli Filipina (37.25%), Indonesia (36%), Thailand (29%) dan Singapura (14.5%).Pertambahan penduduk di negara-negara ASEAN berkisar sekitar 1% hingga 3% per tahun. Hal ini bermaksud peningkatan warga belia Malaysia berkisar sekitar 500 ribu hingga 1 juta orang setiap tahun.

1.1 Belia dalam membina identiti kedua “Second Self”

            Apakah yang dimaksudkan dengan “Second Self”?  Menurut seorang pengkaji yang berminat dalam menerokai pencarian diri melalui “Second Self” Sherry Turkle(1984), pembinaan jati diri ini boleh dibentuk melalui penggunaan alat teknologi seperti komputer. Menurut beliau, komputer ini bukan sahaja ‘alat’ tetapi ia melebihi daripada itu. Komputer adalah sebahagian daripada kehidupan sosial dan psikologikal. Turkle juga memperkenalkan komputer sebagai ruang yang membolehkan pengguna membuat reflexsi diri.
            Turkle juga telah menunjukkan bahawa komputer ini sebenarnya dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada penggunanya. Antara kepentinggan yang dinyatakan oleh Turkle termasuklah:
Ø  Menzahirkan sifat peribadi seseorang
Ø  Mempamerkan sebahagian daripada diri yang tidak dominan
Ø  Memcerminkan diri dalaman seseorang
Ø  Memberikan gambaran tentang pengalaman hidup yang dilalui
Ø  Menterjemahkan apa-apa yang ada dalam fikiran, masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaian yang boleh dicapai.
Turkle( 1984) turut menyatakan bahawa terdapat dua tahap penggunaan komputer iaitu ‘action’ yang bermaksud keinginan untuk menguasai teknologi dan ‘reflection’ yang bermaksud usaha untuk membuat refleksi diri. Menurut beliau juga, zaman remaja adalah waktu yang mana-mana individu akan mencuba untuk membina identiti sendiri. Turkle juga ada membuat kajian tentang bagaimana remaja membuat refleksi diri atau membina identiti melalui penggunaan komputer. Dia melihat komputer sebagai alat yang mempunyai sifat-sifat manusia. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh beliau, beliau mendapati bahawa melalui penggunaan komputer ini, remaja dapat mengenali diri sendiri dan memberi ruang kepada mereka untuk melihat diri sendiri(cermin diri).

1.2 Apakah kaitan belia dalam membina identiti kedua atau “Second self” ?

Kecanggihan dunia teknologi maklumat dan media baru ketika ini memerlukan golongan belia di negeri ini menguasai bidang berkenaan jika mereka tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi tanpa sempadan. Sehubungan dengan hal ini, belia boleh menjadikan dunia teknologi ini sebagai satu tempat atau platfom  bagi mereka untuk membina jati diri. Antaranya ialah belia mengaktifkan diri dalam pembikinan blog individu, laman-laman peribadi(website), dan Youtube. Laman web peribadi ini misalnya boleh berperanan sebagai pentas strategik untuk untuk menonjolkan diri. Menurut Turkle, laman web peribadi yang berfungsi sebagai ‘Second Self’ kepada remaja adalah adalah lebih strategik berbanding dengan interaksi harian kerana dalam kehidupan harian manusia remaja terkongkong untuk mempamerkan diri dalam pelbagai situasi yang boleh diterima oleh masyarakat.
Namun begitu, menurut A. Chakrabakti (2011)pula, sekiranya terlalu bergantung kepada ‘Second Self’ sehingga tidak menghiraukan sosial persekitaran, maka disitu akan mewujudkan sebuah perasaan ego dalam diri dan kadang-kadang akan menyebabkan orang di sekeliling juga akan berasa keseorangan. Kent 1963, dalam tesisnya yang ke-4 mengelaskan pekara ini sebagai ‘the unsocial sociability’.
Maknanya disini ialah, sekiranya belia itu sendiri tidak pandai menyeimbangkan aplikasi laman sosial sebagai ‘Second Self’ akan menyebabkan remaja tersebut semakin anti sosial dan jarang begaul dengan masyarakat. Pekara ini terbukti dengan padangan Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, yang menyatakan bahawa remaja ini akan menjadi lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia.
 Oleh itu, remaja perlulah pandai dalam membahagikan masa antara laman sosial dan pergaulan seharian agar tidak terlalu mengarah kepada penggunaan internet semata-mata. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keperluan mereka untuk menguasai bidang itu (teknologi maklumat) amat mendesak apatah lagi ketika ini kerajaan sering menekankan aspek pembangunan teknologi maklumat dan media baru dalam kalangan belia.( Utusan Online, 2012)

1.3 Contoh kajian lepas bekenaan dengan “Second Self”

            Terdapat satu contoh kajian Turkle keatas seorang belia yang berusia 15 tahun yang bernama Bruce. Bruce seorang yang kreatif, artistic, dan individualistic. Dia dibesarkan dalam keluarga yang berpendidikan tinggi dan mengikut peraturan. Namun, dalam diri Bruce sebenarnya lebih  kepada ‘disorder’ dan tidak suka peraturan. Namun demikian, cara penggunaan komputer telah mencerminkan diri dalamannya. Dia mencipta grafik yang tidak mengikut peraturan dan ganjil. Jadi melalui situasi ini, komputer telah menjadi tempat untuk dia mencermin diri untuk mengetahui ‘inner self’.



SUMBER
Turkel, S., 1984, “Adolescence and Identity:Finding Yourself in the Mechine” dalam The second self: computers and the human spirit, London: Granada (Chapter 4)
A. Chakrabarti, 2011, “ Trouble with a Second Self: The Problem of Minds in 11th Century Indian and 20th Century Western Philosopy”, Honolulu. Argument Vol. 1 (page 23-35)




1 ulasan: