Malaysia adalah sebuah
negara yang berbilang kaum. Belia merupakan populasi yang paling besar di
Malaysia. Jumlah
populasi belia di negara ini mencecah 12 juta iaitu 42.8 peratus daripada 28
juta penduduk. Kewujudan belia telah membentuk satu sinergi yang mampu mencorak
landskap sosioekonomi dan politik negara. Adakah belia Malaysia mempunyai
kebebasan untuk bersuara? Masalah hak
asasi manusia yang paling ketara adalah sekatan ke atas kebebasan bersuara,
berhimpun, berpersatuan dan pengekalan undang-undang yang membenarkan penahanan
tanpa perbicaraan. Di manakah platform untuk belia bersuara?
Dalam era kecanggihan teknologi dan
maklumat (ICT) belia suka menyuarakan pendapat mereka dengan sesuka hati
contohnya tentang isu pemansuhan AUKU melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas
(SMS), facebook, twitter, blog, youtube dan lain-lain. Kadang-kala memberi
pendapat atau komen dengan tidak berfikir secara menyeluruh melalui teknologi
komunikasi akan membawa akibat yang teruk. Hal ini disebabkan
kelajuan pemindahan informasi adalah sangat pantas pada zaman globalisasi ini.
Dulu, kebebasan bersuara belia yang berusia 25 tahun ke bawah yang
sedang belajar di universiti ataupun kolej telah disekat oleh Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU). Pada masa itu, tindakan demontrasi aman yang
dituntut oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di PWTC menjadi
salah satu isu yang terhangat dan menyebar luas dalam facebook dan berita
tersebut masih tertera dalam ingatan orang ramai. Kini, pindaan Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU) yang terbaru ialah membolehkan mahasiswa
berpartisipasi dalam politik. Tindakan tersebut telah menunjukkan peningkatkan
pengiktirafan suara belia di Malaysia.
Parlimen Belia
Demonstrasi
Menurut Mohamed Maliki Mohamed Raplee yang merupakan penulis
berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM, Parlimen Belia
Malaysia yang akan mengumpulkan individu belia yang berusia 25 tahun ke bawah
dengan mewakili 222 kawasan Parlimen pasti akan mencipta sejarah sebagai
platform belia untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap isu semasa secara
langsung. Justeru, suara orang muda
(termasuk mahasiswa) tidak didengari oleh pihak tertentu merupakan satu dakwaan
yang melulu oleh sesetengah individu yang tidak mempunyai kesabaran dan
ketahanan dalam memperjuangkan idealismenya.
Pada asasnya, kerajaan merupakan intensiti
maklumat (Fletcher & Foy, 1994), dan peningkatan besar dalam intensiti
maklumat negara bangsa merupakan salah satu penanda pentadbiran dalam era moden
(Giddens, 1984). Government are inherently information intense
(Fletcher & Foy, 1994), and a vast increase in the information intensity of
the nation-state is one of the demarkers of governance in the modern era
(Giddens, 1984).
Berdasarkan berita internet Sinar Harian, pendidikan politik perlu
diwujudkan dalam sistem pendidikan. Contohnya, di sekolah menengah, dengan
mengadakan pilihan raya untuk memilih lembaga pengawas. Di IPT, dengan
membenarkan mahasiswa menguruskan pilihan raya kampus sendiri. Di samping itu, suara belia
perlu ditingkatkan dalam proses membuat keputusan. Justeru, pewakilan
dalam Parlimen Belia perlu dilantik Ahli Dewan Negara dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
Parlimen Belia merupakan salah satu
platform yang baik bagi belia untuk menyuarakan pendapat mereka. Selain itu,
Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin juga pernah berkata bahawa semua pihak
menghormati hak mahasiswa bersuara dan pihak kerajaan sentiasa memberi ruang
kepada mahasiswa untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka melalui saluran
yang betul seperti konvensyen, dialog, debat terbuka, forum dan seminar.
Sebagai kesimpulan, teknologi komunikasi
merupakan salah satu saluran yang baik untuk berkomunikasi tetapi tidak
semestinya ialah satu platform yang baik untuk menyuarakan pendapat belia.
Sebagai warganegara Malaysia, belia bertangungjawab untuk menjaga keselamatan
negera dengan menggunakan platform yang betul dan tepat untuk menyuarakan
pendapat.
Sumber:
Braman, S (2004). “Technology”. The Sage
Handbook of Media Studies.(Penyunting) Downing, J; McQuail, D; Schlesinger, P.
& Wartella,E. Sage Publication, Thousand Oaks, London, New Delhi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Tham Chin Hui
Wahh...baru saya tahu ada juga PArlimen belia di sini walaupun Malaysia menyekat kebebasan bersuara terhadap golongan mahasiswa-mahasiswi.
BalasPadam