PENGGUNAAN APLIKASI E-LEARNING
Apakah itu
E-learning?E-learning merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan
kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet,
satelit, pita audio-video, interaktif tv fan CD-rom adalah sebahagian dari
media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran
(Kaplan-Leiserson, 2000).Perkembangan teknologi komunikasi dalam pendidikan
telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi
masa,tempat,kaedah dan bahan pembelajaran disamping mewujudkan lebih peluang
untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan.Dengan adanya
teknologi ini,ia memudahkan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar
universiti.
Adakah e-learning
menyediakan pendidikan yang interaktif? E- Learning atau pembelajaran melalui
online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi
seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut
Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian
merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran.
Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang
dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya
dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan
kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan
pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web.
Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari
universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi
diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu
cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
Apakah kebaikan
mengunakan e-learning? Antara ialah pelajar boleh belajar mengikut tahap
sendiri berdasarkan keupayaannya.Dengan adanya e-learning juga
pelajar dapat belajar mengikut
lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana
kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan
adanya 3G. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih
untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer,
rakaman pita video dan lain-lain.
Akhirnya, Penggunaan
e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar
menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan
pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi
penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata;
malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam
persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana
diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu Exploration,
Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.
Sumber:
1)Kaplan-Leiserson, E. (2000). E-learning glossary. Retrieved June 17,
2004 from
2)Schutte, J. G. (1997). Virtual Teaching in
Higher Education: The New Intellectual
Superhighway or Just Another Traffic Jam?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan