-PENGENALAN-
Plagiarism mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga sebagai mencedok kata, idea
dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri,
tiruan atau menciplak.
Dari segi bidang akademik pula bermaksud 'gejala meniru oleh pelajar,
profesor penyelidik dan dianggap sebagai penyelewengan akademik. Dari segi bidang
kewartawanan pula menganggap plagiarism sebagai pencabulan etika kewartawanan
dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib
termasuklah diberhentikan kerja.
-KAJIAN TENTANG BUDAYA PLAGIARISME DI
KALANGAN MAHASISWA-
Mengikut sesuatu kajian yang telah dijalankan oleh Hudi Hutomo Hadi
mengenai Plagiarisme Penyelesaian Tugas Akademik di Kalangan Mahasiswa FISIP Universitas
Muhammadiyah Malang Indonesia, beliau menganggap bahawa segala interaksi dalam
sosial adalah berdasarkan faktor “peniruan”-“imitation factors”. Ia akan
melahirkan impak positif dan negatif juga jika perbuatan atau amalan yang
diikuti adalah salah dan mampu meninggalkan kesan yang negatif. Dengan
sedemikian, jelas menunjukkan bahawa perbuatan plagiarisme merupakan salah satu
proses peniruan yang negatif kerana ia menunjukkan sesuatu perbuatan yang tidak beretika dan saling
tidak tumpah konsepnya seumpama merompak.
Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti sebab-sebab pelajar universiti mengamalkan “instant culture”
iaitu plagiarisme untuk menjawab kertas soalan peperiksaan akhir tahun dan
untuk melengkapi kerja tugasan yang diarahkan pada setiap semester. Keputusan
yang diperolehi amat menyecewakan kerana selepas menjalankan pendekatan “case
study” sebagai kaedah kualitatif dan koleksi pandangan informants dan
penjelasan daripada pensyarah Komunikasi untuk kajian ini, ia dibuktikan bahawa budaya
plagiarisme sebagai sikap “instant culture” sedang merebak di kalangan
mahasiswa.
Dalam satu kajian ke atas 50,000
siswa oleh Center of Academic Integrity (Jun 2005) di kalangan mahasiswa di
Amerika Syarikat juga berpendapat bahawa 70% pelajar-pelajar kolej terlibat
dalam budaya plagiat; iaitu seramai 77% pelajar-pelajar kolej tidak sedar
bahawa plagiarisme adalah satu isu yang serius. Oleh yang demikian, "The
digital revolution is creating a generation of cut-and-paste burglars who view
all content on the internet as common property". Budaya yang tidak pernah
surut membelenggu dunia akademik ini mampu menggugat kualiti graduan
dihasilkan.
-PANDANGAN MENGENAI BUDAYA PLAGIARISME-
Mengikut Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr
Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu
‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa. Budaya
itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan
kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan
penat lelah orang lain.
Malahan,
terdapat segelintir pelajar menganggap budaya “copy and paste” adalah cara yang
mudah dan senang untuk menghabiskan kerja tugasan yang diarahkan oleh
pensyarah. Menjelang era digital revolusi pada abad ini, pelajar dapat
memperolehi segala maklumat yang diperlukan hanya melalui satu “click” sahaja
di GOOGLE.com. Tambahan pula, maklumat yang dapat diperolehi bukan sahaja dalam
bentuk artikel atau laporan berita sahaja mahupun sebuah tesis/journal yang
melengkapi dengan idea-idea yang sempurna. Maka sukar untuk individu untuk
menahan niat sendirian untuk “copy dan paste” seluruh maklumat yang sudah
berada untuk melengkapi tugasannya. Selain itu, kadang-kala pelajar menghadapi
masalah limitasi masa untuk membuat tugasan yang disuruhkan. Oleh itu, pada
keadaan yang sedemikan dan kemudahan untuk mendapati maklumat melalui Internet,
jalan yang begitu mudah sebegini ini, adakah anda sanggup mengelakkan diri
daripada kegiatan tersebut? Jika anda sanggup, persoalan ditimbulkan lagi
bahawa terdapat beberapa pelajar atau cendekiawan belia dapat mengawal diri
seperti anda?
Tidak
dapat dinafikan juga amalan ini amat memalu dan mengecewakan apabila ahli akademik
serta warga institusi pengajian tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional
serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga menjatuhkan taraf
kredibiliti
golongan
terbabit. Sebagai cara pencegahan atau alternatif untuk mengelakkan masalah ini
bertambah serius, perisian komputer seperti Word Check System, Turnitin dan
Scan My Essay banyak diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dan dilihat
sangat berkesan dalam memastikan kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan
kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik lain secara atas talian.
Kesimpulannya,
pelajar atau cendekiawan sekalian haruslah bijak menggunakan minda yang kreatif
dan kritis. Sikap sambil lewa daripada pandangan seluruh masyarakat juga
mendorong budaya “instant” ini terus berleluasa. Pensyarah atau “Educator”
perlu lebih prihatin dan memberi etika belajar yang perlu diikuti untuk
mengekang budaya plagiarisme.
-SUMBER-
1. Hudi Hutomo Hadi,
(2008) in Budaya Plagiarisme di kalangan mahasiswa (Studi Kasus pada Budaya Plagiarisme Penyelesaian Tugas Akademik di Kalangan Mahasiswa FISIP Universitas Muhammadiyah Malang).
2. Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali, (2011.12.18). Calar imej cendekiawan. myMetro Online. Dipetik daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Calarimejcendekiawan/Article
LIM SU HUI
thanks. saya dah plagiat awak punya blog nih :) hehe
BalasPadamalamak.. saya terplagiat lah. :P
BalasPadam