Adakah
Teknologi Komunikasi Mendominasi Kehidupan Belia?
Cuba tanya orang sekeliling kita termasuklah
ibu bapa kita yang dari generasi yang lebih tua daripada kami. Bagaimanakah
mereka berkomunikasi dengan orang lain yang berada di tempat yang sangat jauh? Sekarang
cuba bandingkan generasi kini dengan generasi dahulu apabila kita berada di
situasi yang disebutkan di atas. Generasi kini akan mengguna teknologi
komunikasi yang terkini bagi mengatasi masalah daripada menggunakan kaedah
tradisional dan manual. Aspek ini merupakan perbezaan antara generasi kini dan
generasi lepas.
Contoh
di atas telah menunjukkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
mengubah cara manusia berkomunikasi dengan orang lain. Berkomunikasi dengan
orang lain dan saling bertukar infomasi serta maklumat merupakan keperluan asas
manusia. Dulu, berada di tempat jauh sukar untuk menghubungi antara satu sama
lain. Sekarang, teknologi komunikasi membolehkan kita menggunakan alat seperti
telefon bagi kita menghubungi orang lain yang berada di tempat yang jauh dalam
masa yang singkat. (Bruce & Hilvert, 2006) Rancangan Malaysia Kesembilan
telah menunjukkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu
sektor yang amat penting bagi pertumbuhan ekonomi negara disebabkan
perkembangan sektor ini yang pesat. Perkara ini telah menunjukkan teknologi
komunikasi telah mendominasi dunia sekarang dan secara langsungnya ia menjadi
sebahagian dalam kehidupan kita.
Menurut
World Youth Report 2003, telefon bimbit dan komputer merupakan alat teknologi
maklumat dan komunikasi yang diperlukan oleh kita dalam kehidupan. Penggunaan
harian peralatan tersebut semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak
terutamanya negara yang kaya seperti Finland dan Japan. Contohnya, peratusan
kanak-kanak antara umur 7 tahun sehingga umur 10 tahun di negara Finland yang
mempunyai telefon bimbit sendiri adalah kurang daripada 5 peratus tetapi kadar
peratusan telah meningkat kepada 30 peratus pada tahun 2001. Dalam kalangan
kanak-kanak yang berumur 15 tahun, peratusan kanak – kanak mempunyai telefon
bimbit adalah 15 peratus pada tahun 1999 dan telah mencapai peningkatan
peratusan sehingga ke 66 peratus pada tahun 2001. Belia telah mengaplikasi
penggunaan ICT dalam kehidupan mereka.
Kewujudan ICT telah menjadikan kehidupan belia generasi kini berbeza dengan
belia generasi awal.
Belia di Malaysia juga tidak dapat melarikan
diri daripada arus pemodenan ini di mana kebanyakan belia mempunyai telefon
bimbit. Menurut kajian “Mobile Phone and Short Message Service
Appropriation, Usage and Behavioral Issues among University Students” yang
dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Malaya telah menjelaskan tren belia
generasi kini dalam menggunakan telefon bimbit. Terdapat sebanyak 34.5 juta
rakyat Malaysia yang mempunyai telefon bimbit. Pengenalan sistem pra-bayar oleh
syarikat telekomunikasi telah meningkat penggunaan telefon bimbit terutamanya
golongan belia yang menyumbang lebih daripada 30% daripada jumlah pengguna
telefon mudah alih di Malaysia. Dalam kajian ini, telefon bimbit digunakan
sebagai medium bagi menguruskan komunikasi harian. (Dimmick et al., 1994).
Kajian ini yang dijalankan antara 417 orang belia dari bandar telah menunjukkan
belia tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit sehingga berasa tidak selesa jika
telefon bimbit tidak berada dengan mereka. Kajian ini juga menunjukkan belia
terlalu bergantung pada telefon bimbit sehingga mereka berasa tertekan jika
seseorang tidak menjawab panggilan atau membalas mesej pesanan ringkas mereka.
Tambahan lagi, kajian ini yang dijalankan dalam kalangan belia ini telah
menunjukkan jenama dan tren menjadi faktor utama mereka membeli telefon bimbit.
Kenapa belia
generasi kini gemar dan mengejar telefon bimbit yang berjenama dengan harga
yang mahal sedangkan terdapat pilihan lain yang lebih murah tersedia di pasaran?
Menurut kajian yang disebutkan di atas, jenama seperti Nokia,
Samsung dan Sony Ericson serta tren seperti skrin menjadi simbol status dan
belia berasa bangga dan berasa diri bergaya apabila mempunyai telefon bimbit
yang berjenama kini. Menurut Cant and
Machado (2004), kesedaran jenama dalam kalangan kanak-kanak bermula sejak umur
3 tahun. Belia generasi kini didedahkan dengan teknologi canggih terlalu
awal sehingga mereka tidak dapat hidup tanpanya dan sering mengejar telefon
bimbit yang canggih bagi memenuhi keperluan mereka. Telefon bimbit yang hanya
mempunyai fungsi membuat atau menerima panggilan dan menghantar atau membalas
mesej pesanan ringkas tidak lagi memenuhi keperluan belia sekarang malah telefon
bimbit perlulah mempunyai fungsi kamera, mendengar lagu dan yang paling penting
sekali mempunyai fungsi WIFI.
Syarikat telefon bimbit yang sedar
terhadap potensi pasaran golongan belia sering mengeluarkan telefon bimbit yang
canggih dengan fungsi yang semakin bertambah dan reka bentuk yang semakin
cantik bagi memenuhi keperluan pasaran kerana golongan ini suka terhadap benda
yang baru. Justeru, fenomena biasa boleh dilihat pada belia sekarang di mana
mereka sering menggunakan telefon bimbit sama ada membuat panggilan, menghantar
mesej pesanan ringkas ataupun melayari Internet di mana-mana tempat. Belia juga
biasa dengan menyemak atau melayari telefon bimbit mereka walaupun tiada
sesiapa yang membuat panggilan atau menghantar mesej pesanan ringkas kepada
mereka. Perkara ini berlaku kerana mental belia yang sudah biasa dengan rutin
ini dan mereka akan berasa tertekan jika rutin ini tidak dilakukan.
Secara
kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi komunikasi sudah
menjadi sebahagian dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia. Perkara ini
berlaku kerana segala maklumat akan disampaikan melalui teknologi komunikasi.
Belia yang tidak peka terhadapnya hanya akan ketinggalan dan tidak dapat
bersaing dengan orang lain dalam arus zaman teknologi kini. Namun, setiap
perkara yang wujud di dunia ini mempunyai kebaikannya dan keburukannya. Manusia
yang tidak menggunakannya secara wajar hanya akan mendatangkan impak negatif
yang tidak selari dengan tujuan asal alat itu dicipta kerana setiap perkara di
dunia ini tidak wujud dalam kekosongan. Justeru, belia sebagai tunggak negara
kita harus menggunakan alat teknologi komunikasi secara wajar dan bukannya
terlalu bergantung pada alat tersebut.
Sumber: :
Bruce, L., & Hilvert,
J. (2006) Communications Technology. United States of America :
Smart Apple Media
http://books.google.com.my/books?id=F1rbAAAAMAAJ&q=COMMUNICATION+TECHNOLOGY&dq=COMMUNICATION+TECHNOLOGY&hl=en&sa=X&ei=ZeyLUOYFhOqtB8ungMAO&ved=0CEIQ6AEwAw
http://www.malaysia.gov.my/EN/RELEVANT%20TOPICS/INDUSTRYINMALAYSIA/BUSINESS/IC T/Pages/ ICT.aspx
http://www.un.org/esa/socdev/unyin/documents/ch12.pdf
http://unworldyouthreport.org/index.php?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=170
http://uir.unisa.ac.za/bitstream/handle/10500/717/dissertation.pdf?sequence=1
thescipub.com/pdf/10.3844/jssp.2012.364.371
Teng Ai Ling
Tiada ulasan:
Catat Ulasan