Kini,
kehidupan golongan belia telah menggantikan teknologi komunikasi sebagai
komponen utama dalam kehidupan harian mereka daripada komunikasi interpersonal serta
akan menjadi bertambah penting pada masa yang akan datang. Dalam zaman era
moden, teknologi komunikasi boleh dikenali sebagai media baru. Murunut, Jan Van
Dijk, media baru adalah dibentuk secara pencantuman ciri-ciri media lama
seperti surat khabar, telefon, radio, photografi, dan sebagainya. Manakala,
media baru boleh dikenal sebagai internet yang meliputi ketiga-tiga jenis ciri-ciri
komunikasi iaitu, telekomunikasi, komunikasi data, komunikasi massa serta
pelbagai jenis data seperti ( gambar, suara, teks, data berangka) yang datangnya
dari pencantuman media lama. Golongan belia hari ini terlalu bergantung kepada
kemudahan internet yang mendedahkan mereka pelbagai jenis bentuk maklumat dan
boleh diakses dengan mudah dan cepat. Amat berjauh berbezanya kalau berbanding
dengan zaman dahulu golongan belia yang mengelilingi buku atau perpustakaan
tetapi golongan belia sekarang pula mengelilingi komputer dengan laman web
sosial.
Keadaan yang membimbangkan ialah ketagihan
penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan belia. Komputer dan internet
merupakan sebahagian daripada keperluan asas dalam kehidupan mereka. Penggunaan
teknologi komunikasi dalam jangka masa yang panjang mengakibatkan belia terjerumus
dalam melayari internet. Keadaan ini akan menyebabkan golongan belia kehilangan
fungsi dan peranan mereka sebagai penghubung dengan masyarakat untuk membina
hubungan sosial yang kukuh. Mereka kurang menjalankan komunikasi interpersonal atau
berinteraksi dengan orang lain dan hanya hidup dalam dunia mereka sahaja.
Selain itu, mereka kurang memberi pemerhatian terhadap isu semasa, masalah
masyarakat, negara serta antarabangsa. Golongan belia semakin menjadi pasif dalam
konteks memberi pemerhatian terhadap isu yang berlaku di sekeliling mereka.
Jenis komunikasi yang bersifat lama
seperti komunikasi interpersonal tidak lagi aktif dalam kalangan belia.
Kebanyakan mereka akan menyelesaikan atau membincang perkara dalam komputer jika berbanding dengan komunikasi
secara bersemuka. Komunikasi interpersonal merupakan satu jenis komunikasi yang
dinilai baik dalam mengubah sikap, kepercayaan, pemikiran seseorang. Kaedah
komunikasi berlaku untuk mengeratkan antara hubungan pemberian dan juga
penerima. Ini dapat mempertingkatkan pemahaman antara satu sama lain ( Joseph
A. Devito ). Kaedah ini telah dibangunkan serta dapat digunakan dalam teknologi
komunikasi. Skype merupakan teknologi komunikasi yang moden tetapi ia boleh
menyebabkan masalah jarak bukannya lagi alasan kepada mereka untuk mengekalkan
hubungan mereka walaupun berada di tempat yang berlainan.
Semasa melakukan perbualan pelbagai jenis
intonasi boleh digunakan dan juga
bersambilan dengan gesture untuk menyampai maksud yang hendak disampaikan
kepada orang lain. Tetapi trend pada hari ini adalah, kebanyakan golongan belia
semakin melupakan diri. Mesej yang ingin disampaikan adalah mereka telah
mengurangkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing dengan bahasa yang formal
dan betul. Seperti yang dikatakan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan
berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa
seimbang internet secara berleluasa dan sukar untuk
dibendung dalam kalangan pengguna laman web sosial. Keyakinan untuk bertutur serta
menghadap kepada orang ramai telah dikurangkan.
Kesimpulannya, setiap jenis perkara
dalam dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang
pentingnya ialah golongan belia mestilah
hendak menggunakannya dengan bijak dan mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan
pergantungan terhadap sesuatu perkara. Ini disebabkan oleh sebarang perkara
akan berubah pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Terutamanya, kalangan
belia hendaklah bijak dalam pengurusan sumber seperti masa untuk memastikan
bahawa semua aspek dapat dipenuhi dan dilengkapkan.
Sumber:
1.
Saodah Wok etc (2003)Teori-teori siri-siri Komunikasi: ‘teori dan komunikasi teknologi’: PTS Professional Pubshing Sdn.
Bhd: 118-122
Chung Lee Sing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan