1. Pengenalan
Di Malaysia, lingkungan umur belia adalah dalam
lingkungan 15-40 tahun. Julat umur belia ini adalah berbeza mengikut setiap
negara. Jumlah belia di negara-negara ASEAN secara spesifiknya adalah berbeza
antara satu dengan negara yang lain. Ini adalah mengikut salah satu kajian yang
dijalankan oleh sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertapak di
Tanjung Malim, Perak pada tahun 2008. Peratusan jumlah populasi belia di Malaysia adalah yang
tertinggi dalam rantau ini, disusuli Filipina (37.25%), Indonesia (36%),
Thailand (29%) dan Singapura (14.5%).Pertambahan penduduk di negara-negara
ASEAN berkisar sekitar 1% hingga 3% per tahun. Hal ini bermaksud peningkatan
warga belia Malaysia berkisar sekitar 500 ribu hingga 1 juta orang setiap
tahun.
1.1 Belia dalam membina identiti
kedua “Second Self”
Apakah
yang dimaksudkan dengan “Second Self”? Menurut seorang pengkaji yang berminat dalam
menerokai pencarian diri melalui “Second Self” Sherry Turkle(1984), pembinaan
jati diri ini boleh dibentuk melalui penggunaan alat teknologi seperti
komputer. Menurut beliau, komputer ini bukan sahaja ‘alat’ tetapi ia melebihi
daripada itu. Komputer adalah sebahagian daripada kehidupan sosial dan
psikologikal. Turkle juga memperkenalkan komputer sebagai ruang yang
membolehkan pengguna membuat reflexsi diri.
Turkle
juga telah menunjukkan bahawa komputer ini sebenarnya dapat memberikan pelbagai
kelebihan kepada penggunanya. Antara kepentinggan yang dinyatakan oleh Turkle
termasuklah:
Ø Menzahirkan sifat
peribadi seseorang
Ø Mempamerkan sebahagian daripada
diri yang tidak dominan
Ø Memcerminkan diri dalaman
seseorang
Ø Memberikan gambaran
tentang pengalaman hidup yang dilalui
Ø Menterjemahkan apa-apa
yang ada dalam fikiran, masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaian yang boleh
dicapai.
Turkle( 1984) turut menyatakan bahawa
terdapat dua tahap penggunaan komputer iaitu ‘action’ yang bermaksud keinginan
untuk menguasai teknologi dan ‘reflection’ yang bermaksud usaha untuk membuat
refleksi diri. Menurut beliau juga, zaman remaja adalah waktu yang mana-mana
individu akan mencuba untuk membina identiti sendiri. Turkle juga ada membuat
kajian tentang bagaimana remaja membuat refleksi diri atau membina identiti
melalui penggunaan komputer. Dia melihat komputer sebagai alat yang mempunyai
sifat-sifat manusia. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh beliau, beliau
mendapati bahawa melalui penggunaan komputer ini, remaja dapat mengenali diri
sendiri dan memberi ruang kepada mereka untuk melihat diri sendiri(cermin
diri).
1.2 Apakah kaitan belia dalam membina identiti kedua atau “Second self” ?
Kecanggihan dunia teknologi maklumat
dan media baru ketika ini memerlukan golongan belia di negeri ini menguasai
bidang berkenaan jika mereka tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi tanpa
sempadan. Sehubungan dengan hal ini, belia boleh menjadikan dunia teknologi ini
sebagai satu tempat atau platfom bagi
mereka untuk membina jati diri. Antaranya ialah belia mengaktifkan diri dalam
pembikinan blog individu, laman-laman peribadi(website), dan Youtube. Laman web peribadi ini misalnya
boleh berperanan sebagai pentas strategik untuk untuk menonjolkan diri. Menurut
Turkle, laman web peribadi yang berfungsi sebagai ‘Second Self’ kepada remaja
adalah adalah lebih strategik berbanding dengan interaksi harian kerana dalam
kehidupan harian manusia remaja terkongkong untuk mempamerkan diri dalam
pelbagai situasi yang boleh diterima oleh masyarakat.
Namun begitu, menurut A. Chakrabakti
(2011)pula, sekiranya terlalu bergantung kepada ‘Second Self’ sehingga tidak
menghiraukan sosial persekitaran, maka disitu akan mewujudkan sebuah perasaan
ego dalam diri dan kadang-kadang akan menyebabkan orang di sekeliling juga akan
berasa keseorangan. Kent 1963, dalam tesisnya yang ke-4 mengelaskan pekara ini
sebagai ‘the unsocial sociability’.
Maknanya disini ialah, sekiranya
belia itu sendiri tidak pandai menyeimbangkan aplikasi laman sosial sebagai
‘Second Self’ akan menyebabkan remaja tersebut semakin anti sosial dan jarang
begaul dengan masyarakat. Pekara ini terbukti dengan padangan Pengarah Institut
Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, yang menyatakan
bahawa remaja ini akan menjadi lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi
melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama
manusia.
Oleh itu, remaja perlulah pandai dalam membahagikan
masa antara laman sosial dan pergaulan seharian agar tidak terlalu mengarah
kepada penggunaan internet semata-mata. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
berkata, keperluan mereka untuk menguasai bidang itu (teknologi maklumat) amat
mendesak apatah lagi ketika ini kerajaan sering menekankan aspek pembangunan
teknologi maklumat dan media baru dalam kalangan belia.( Utusan Online, 2012)
1.3 Contoh kajian lepas bekenaan dengan “Second Self”
Terdapat
satu contoh kajian Turkle keatas seorang belia yang berusia 15 tahun yang
bernama Bruce. Bruce seorang yang kreatif, artistic, dan individualistic. Dia dibesarkan
dalam keluarga yang berpendidikan tinggi dan mengikut peraturan. Namun, dalam
diri Bruce sebenarnya lebih kepada
‘disorder’ dan tidak suka peraturan. Namun demikian, cara penggunaan komputer
telah mencerminkan diri dalamannya. Dia mencipta grafik yang tidak mengikut
peraturan dan ganjil. Jadi melalui situasi ini, komputer telah menjadi tempat
untuk dia mencermin diri untuk mengetahui ‘inner self’.
SUMBER
Turkel, S., 1984, “Adolescence and Identity:Finding Yourself in the
Mechine” dalam The second self: computers
and the human spirit, London: Granada (Chapter 4)
A. Chakrabarti, 2011, “ Trouble with a Second Self: The Problem of Minds
in 11th Century Indian and 20th Century Western
Philosopy”, Honolulu. Argument Vol. 1 (page 23-35)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam