Cabaran
Teknologi Komunikasi Dan Implikasinya Terhadap Belia Masa Kini.
Generasi muda yang lahir setelah
wujudnya teknologi komunikasi baru berbeza dengan generasi yang lebih tua. Hal
ini kerana golongan belia akan menerima
sesuatu yang baru itu tanpa berasa
janggal atau curiga. Oleh itu, kesan teknologi komunikasi adalah lebih ketara
terhadap golongan ini. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang bukti yang
boleh menjelaskan mengenai kesan langsung teknologi komunikasi terhadap
golongan belia.
Konflik
penyesuaian diri terhadap teknologi komunikasi baru juga boleh berlaku dalam
kalangan belia. Hal ini kerana terdapatnya
jurang digital antara belia di bandar dan di luar bandar. Oleh itu,
kerajaan telah berusaha mengadakan pelbagai pelan pembangunan menerusi pelbagai
agensi bagi mengurangkan jurang digital ini. Namun persoalannnya, mampukah
usaha tersebut menyelesaikan permasalahan ini.
Daripada suatu
sudut, teknologi komunikasi baru banyak memberi nikmat kepada belia dari segi
pengaliran dan pemerolehan maklumat baru dan terkini. Namun, dari sudut yang
lain pula teknologi komunikasi boleh
menimbulkan kekalutan, keraguan, dan ketidakpuasan hati serta konflik nilai.
Perkembangan Teknologi
Komunikasi di Malaysia
Malaysia
mempunyai wawasannya yang tersendiri dalam membentuk satu konsep yang
berasaskan kepada elektronik dan juga Teknologi Komunikasi Maklumat atau
Information Communication Technology (ICT). Malaysia ingin menjadi sebuah
negara yang mempunyai ekonomi berdaya saing, membangun dan menyedia produk atau
perkhidmatan berasaskan pengetahuan serta menjadikan ICT sebagai satu sektor
yang penting dalam pembangunan negara. ICT adalah satu pembolehubah yang
mendorong Malaysia membentuk satu negara yang terdiri daipada masyarakat
bermaklumat dan masyarakat berasakan nilai pada tahun 2020 nanti. Masyarakat
bermaklumat ini lebih kepada masyarakat yang boleh membuat akses kepada
maklumat untuk menyelesaikan tugasan dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi dengan
wujudnya budaya pembelajaran sepanjang hayat, kita boleh membentuk sebuah
negara yang disambungkan oleh ICT kepada masyarakat bagi membentuk masyarakat
yang bersatu padu, beretika, bermoral dan kualiti kehidupan yang lebih
sempurna.
Sekiranya ICT diterapkan
dalam mencapai matlamat-matlamat tersebut kita akan menjadi sebuah negara yang
akan menjadi hub teknologi maklumat dan multimedia di rantau ini. Oleh itu
kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang lebih dinamik, sistematik dan
strategic dalam membentuk sebuah negara yang berasaskan kepada pembolehubah ICT
dalam pemerintahan, politik, ekonomi dan soasial. Antara pendekatan strategi
negara dalam pembangunan ICT adalah penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Negara
atau National IT Council (NITC), Agenda Teknologi Maklumat Negara atau National
IT Agenda (NITA), projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor
(MSC) dan sebagainya.
Jurang Digital Antara
Belia
Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki
komputer diMalaysia terdiri daripada
mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor,Wilayah Persekutuan dan Pulau
Pinang sahaja? Ini bermakna, baki selebihnya dimiliki olehpenduduk bagi 11 buah
negeri yang lain, iaitu lebih kurang kadar purata 3.18 peratus bagisetiap
negeri.Pada masa yang sama, peratus mampu milik komputer di kalangan penduduk
masih beradadi tahap yang rendah, iaitu sebanyak 5% sahaja. Pada tahun 1998 misalnya,
kadar akses Internet adalah sebanyak 6 peratus bagi setiap 100 populasi
penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap rumah. Walaupun laporan menunjukkan sebanyak
182 peratus pelangganan Internet telah dilaksanakan di Malaysia, namun kebanyakannya
hanya tertumpu di Lembah Kelang, Selangor
dan di bandar-bandar besar seluruh negara.Statistik ini menunjukkan
wujudnya perbezaan yang amat ketara dalam pemilikan komputer peribadi dan
kemudahan
Internet di antara penduduk di bandar dan di luar bandar.
Ironinya belia di luar bandar khususnya masih ketinggalan
dalam mendapatkan akses internet sehingga kini. Hal ini disebabkan tiadanya
liputan atau kemudahan akses terhadap internet di kawasan mereka kerana
syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam penyediaan liputan
internet hanya memberikan fokus perkhidmatan mereka di kawasan-kawasan bandar dan
membengun sahaja dan boleh mendapatkan pengguna yang ramai dan keuntungan yang
tinggi. Selain itu, terdapat juga belia yang berada di bandar namun tidak mampu mendapatkan akses terhadap internet walaupun
terdapatnya liputan yang luas. Hal ini kerana mereka tidak berkemampuan dari
segi kewangan untuk membayar cas perkhidmatan internet yang disediakan oleh
syarikat-syarikat telekomunikasi.
Keadaan ini memerlukan kita untuk melihat isu jurang digital ini
dari pelbagai sudut pandangan dengan mengambil kira faktor sistem kapitalis dan
struktur kelas masyarakat. Hal ini kerana dari segi sistem kapitalis kita boleh
melihat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi hanya menyediakan liputan
internet di kawasan-kawasan membangun terutamanya di bandar-bandar kerana langganan
dan keuntungan yang lebih besar bebanding kawasan-kawasan luar bandar. Dari
segi struktur masyarakat pula kita boleh melihat bahawa golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan agak sukar
untuk mendapatkan akses terhadap internet kerana tidak mampu membayar cas
perkhidmatan walaupun berada di bandar.
Jurang digital adalah masalah yang sentiasa akan wujud bersama
inovasi teknologi yang digarap oleh masyarakat. Kewujudannya mengikut masa dan
tahap teknologi yang diterapkan dalam masyarakat tersebut. Hal ini telah
diandaikan sebagai masalah global yang perlu diatasi dengan kerjasama daripada
pelbagai pihak. Kerajaan, pihak swasta, NGO, pertubuhan antarabangsa dan
individu sendiri perlu berkerjasama bagi mengatasi masalah ini. Sekiranya diabaikan,
kemajuan sesebuah negara akan menjadi lambat kerana wujudnya ketidakseimbangan
dan dikhuatiri boleh mewujudkan masalah sosial yang lebih kronik. Manusia perlu diberikan tumpuan yang khusus
dalam menangani isu jurang digital ini kerana
merekalah pengguna dan penerima kesan akibat penggunaan teknologi.
Kesan Teknologi Komunikasi Terhadap Kehidupan Sosial Belia.
Siapa sangka dalam 230 buah negara di dunia, Laman Sosial
Facebokers melaporkan bahawa Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna
Facebook paling ramai di dunia di mana pengguna Facebook di Malaysia kini
mencecah hamper 12 juta orang dengan kadar
penembusan 69.91 pengguna internet. Sedangkan jika dilihat dari segi populasi,
Malaysia berada di kedudukan ke-44 negara paling ramai penduduk.
Statistik Pengguna Facebook
di Malaysia
Jika dilihat pula peratusan mengikut umur kita dapati sebanyak 76%
daripada pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka yang berumur 18 hingga 44
tahun iaitu golongan belia dengan jumlah seramai 8.9 juta orang. Peratusan yang
tinggi ini menunjukkan bahawa golongan belia adalah pengguna laman sosial
Facebook yang paling dominan di negara ini. Hal ini menunjukkan golongan belia berpotensi
besar untuk dipengaruhi oleh teknologi
komunikasi terkini dari segi sosial dan kehidupan mereka.
Namun kita tidak boleh melihat dan membuat
kesimpulan awal terhadap kehidupan dan sosial belia dengan hanya melihat
terhadap statistik penggunaan sesuatu laman sosial semata-mata. Hal ini
memerlukan kita melihat skop dalam ruang lingkup yang lebih luas kerana
teknologi komunikasi bukan sekadar laman sosial semata-mata, malahan lebih luas daripada itu.
Kita semua pasti tahu bahawa teknologi komunikasi membawa
pelbagai kebaikan kepada penggunanya dari segi pengaliran maklumat dan
informasi terkini dengan mudah terutamanya kepada golongan belia. Walau
bagaimanapun kita harus sedar bahawa teknologi maklumat terutamanya internet
adalah sangat luas dan dikatakan sebagai tiada sempadan. Oleh itu, sememangnya
tidak dapat disangkal lagi bahawa maklumat yang mengalir kepada golongan belia
bukan sahaja maklumat yang penting dan mereka perlukan tetapi juga maklumat yang berbentuk negative seperti hasutan,
fitnah dan sebagainya.
Maklumat yang
diperoleh akan mempengaruhi minda golongan belia seterusnya kehidupan dan
sosial mereka. Sekiranya mereka memperoleh maklumat yang postitif, maka positif
la gaya sosial mereka dan sebaliknya. Walau bagaimanapun teknologi komunikasi
tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya faktor yang mempengaruhi kehidupan dan
sosial golongan belia tetapi terdapat banyak lagi factor-faktor lain yang ada
di sekeliling mereka seperti ibu bapa,
rakan-rakan dan sebagainya.
Kesimpulannya
dalam menentukan cabaran dan implikasi teknologi komunikasi kita perlu melihat
daripada pelbagai sudut. Kita tidak boleh menyalahkan teknologi komunikasi
semata-mata berkaitan masalah sosial
dalam kalangan belia masa kini tetapi harus melihat dalam konteks yang lebih luas iaitu terdapat pengaruh-pengaruh yang
lain.
Rujukan.
Mohd Azul Mohamad Salleh
et.al. (2005). “Isu Dan cabaran Dalam Pembentukan Masyarakat Jaringan Di
Malaysia” dalam Prosiding Seminar
Kebangsaan E-Komuniti 2002. UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.
http://www.compserv.sabah.gov.my
(akses: 9 Oktober 2012)
http://myais.fsktm.um.edu.my (akses: 10
Oktober 2012)
http://www.utusan.com.my (akses: 10 Oktober
2012)
http://www.maele.net (akses: 11 Oktober 2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan