Penyalahgunaan teknologi bukan sahaja
berlaku di negara kita sahaja, tetapi juga berlaku di seluruh dunia. Tindakan
penyalahgunaan teknologi ini menunjukkan bahawa pengguna tidak dapat mengawal
tingkah laku sendiri apabila mereka menggunakan atau mengaplikasikan teknologi.
Salah satu penyalahgunaan teknologi ialah jenayah siber. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM,
jenayah siber merujuk kepada aktiviti
jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet. Menurut
kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber
seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data
komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin
perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,
pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam. Untuk mengenalpasti kadar jenayah siber di Malaysia, Berita
Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat
sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding dengan pada tahun yang
sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.
Dalam
era globalisasi ini, kecanggihan teknologi seperti internet telah menyebabkan
kewujudan penggodam yang banyaknya terdiri daripada golongan belia. Menurut
kepada Christoper Harper, penggodaman merujuk kepada sesuatu ancaman siber yang
mengakses laman web dengan mencuri maklumat peribadi orang lain (Harper, 2002). Penggodam dan
pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah
sistem komputer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat
sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh
keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing. Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja
berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti www.malaysia.gov.my. , manakala laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA),
Amerika Syarikat turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June 2011). Ini bermaksud masalah
pencerobohan laman web berlaku di mana-mana tempat tanpa mengira negara yang
maju atau negara yang sedang membangun. Jadi, kerjasama ke atas negara antara
negara yang lain atau negara antara rakyat amat diperlukan untuk mengurangkan kes
jenayah penggodam ini. Selain itu, kerajaan juga memainkan peranan penting
dalam pencegahan kes-kes penggodaman di negara. Berdasarkan Utusan Online (11
June 2011), Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim mengatakan bahawa Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam
bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat supaya negara
kita tidak akan terdedah oleh penggodaman yang menjejaskan keselamatan negara.
Hal ini demikian kerana kesan penggodaman akan membawa kemusnahan ekonomi
negara kita serta maklumat-maklumat sulit negara dapat disebarkan kepada
nega-negara lain. Keadaan negara akan bertambah teruk jika maklumat-maklumat
yang sulit terhadap negara kita diggodamkan oleh negara musuh melalui teknologi
internet. Adakah kecanggihan teknologi maklumat mempunyai kuasa atau kemampuan
untuk memusnahkan sesebuah negara jika teknologi disalahgunakan? Tepuk dada
tanya selera.
Dalam era kecanggihan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), bahan-bahan
pornografi juga mudah diperolehi melalui pengaksesan internet dan laman
web. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan tersebut adalah melalui
teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar dan majalah seperti Playboy.
Selain daripada itu, bahan-bahan lucah juga disebarkan melalui pita video dan
cakera padat (VCD). Manakala kewujudan internet yang akibat daripada
perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan pornografi tersebar
dengan cepat. Hal ini demikian kerana kini ratusan ribuan laman web mengalami
kebanjiran bahan pornografi dan video lucah mudah diakses melalui komputer dan
telefon mudah alih. Menurut Dr. Sidek Baba, mereka yang menonton bahan-bahan
lucah adalah untuk mengisi kesunyian mereka. Amalan menonton video lucah akan
menimbulkan ketagihan belia kerana mereka merupakan golongan yang menpunyai
rasa keinginan mencuba yang tinggi. Selain internet, amalan menonton video
lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program
televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik. Menurut seorang
pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka akan
melahirkan fantasi seksual ciptaan sendiri apabila mereka menonton video
tersebut melalui internet. Adegan-adegan yang dipaparkan melalui video di
internet dan televisyen akan menyebabkan belia meniru dan menpraktikkan adegan
atau aksi yang dilakukan oleh pelakon dan ini seterusnya menyumbangkan
berlakunya masalah sosial. Keseronokan menonton bahan lucah akan mendorong
seseorang gila seks sehingga menyebabkan berlakunya jenayah seks seperti kes
perzinaan, rogol dan sumbang mahram serta menyumbangkan isu pembuangan bayi
atau anak luar nikah.
Tambahan pula, kemajuan teknologi
seperti kamera dengan resolusi tinggi HD pada telefon pintar telah mewujudkan
aktiviti rakaman video lucah dalam kalangan belia. Bukan sahaja ini, telefon
bimbit yang berteknologi 3G yang menpunyai fungsi untuk menghantar dan menerima
klip video yang berunsur lucah. Jadi, teknologi yang semakin maju ini telah
meningkatkan kadar pendedahan kalangan belia terhadap bahan pornografi. Menurut
Azli Paat, Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP),
kebanyakkan klip 3gp yang memaparkan aksi lucah pasangan remaja dirakam
menggunakan telefon bimbit telah menjadi bahan hiburan dalam kalangan belia
kerana fail 3gp lebih mudah dirakam, dirakam dan disebarkan. Lebih teruk lagi,
rakaman tersebut juga boleh dimuat naik ke internet selain penyebaran melalui
telefon bimbit. Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pelajar Malaysia yang
jurusan undang-undang yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of
Singapore (NUS) memuat naik gambar dan video aksi lucah yang bersama teman
wanitnya dalam blog mereka (Utusan
Online,19 Oktober 2012). Rakaman aksi seks dengan menggunakan telefon
bimbit atau kamera web telah menjadi stau trend dalam era teknologi hari ini.
Justeru itu, kita perlu salahkan mereka ataupun
kita perlu salahkan teknologi yang menyumbangkan trend ini?
Kewujudan teknologi canggih ini juga
mempengaruhi perubahan sosial budaya.
Hal ini demikian kerana kesalahgunaan teknologi telah meyebabkan
kewujudan budaya plagiarism atau amalan ‘copy dan paste’ yang semakin serius
dan merebak di kalangan mahaiswa-mahasiswi universiti. Menurut
Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah
menggunakan idea orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis
asal serta megambil hak cipta orang lain
menjadi hak persendirian. Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan
teknologi sebagai satu cara untuk
memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja
orang lain melalui internet. Adakah budaya plagiarism sudah wujud sebelum
kewujudan teknologi internet? Menurut
Maharam Mamat, kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya
ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau
jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan
mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber
untuk menyiapkan tugasan mereka. Sebagai contoh, menurut Imran Shamsir, budaya
plagiarism biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah mendapat
maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara menaip sahaja
apa bahan yang hendak dicari di enjin carian “Google” atau “Yahoo” dan ‘copy
paste’ maklumat dalam laman web yang
berkenaan sahaja. Budaya plagiarism ini merupakan jenayah akademik. Pihak universiti perlulah bertanggungjawab
dan berusaha mencegah gejala plagiarisme yang berlaku semakin menular di
universiti.
Selain itu, penyalahgunaan
teknologi canggih di kalangan belia juga akan menyebabkan imej negara terjejas dan
tercemar. Jadi, belia-belia haruslah pandai menggunakan teknologi komunikasi
dan jangan menjadikan teknologi komunikasi menjadikan satu alat yang
menghancurkan imej negara. Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia juga menubuhkan satu unit khas yang bertanggungjawab untuk memantau
pengerakan laman web dan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang
didapati disalahgunakannya (Utusan Melayu,
14 September2010). Tindakan ini dapat mengelakkan imej negara kita tidak
dapat dicemarkan melalui Internet. Walaubagaimanapun, perkara-perkara masih
tidak dapat kita jangkakan, imej perpaduan negara masih terjejas walaupun langkah-langkah
telah dilaksanakan. Imej perpaduan yang
terbina dalam negara kita hancur kerana wujudnya kalangan belia yang tidak bertanggunjawab yang cuba
merosakkan perpaduan yang sedia ada dengan menggunakan internet untuk melakukan
penghinaan terhadap kerajaan dan institusi raja. Sebagai contoh, pada tahun
ini, seorang
jurutera yang bernama Chan Hon Keong, 29, dijatuhi hukuman penjara setahun dan
denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana dia didapati bersalah terhadap
pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahu lalu. Hal ini kerana Chan telah
mengedarkan komen yang berunsur lucah
dan menghina intistusi raja Sultan Perak melalui laman web (Utara News, June 2012).
Jika dipandangkan dari sudut optimis,
kecanggihan teknologi sememangnya telah membawa kamajuan dan perubahan dalam
kehidupan seperti kewujudan telefon-telefon pintar iaitu Blackberry, Galaxy Tab,
iPhone 5 yang terbaru, Samsung Galaxy S3 telah memudahkan kehidupan seharian. Fungsi-fungsi telefon bimbit berubah dari hanya
menerima dan membuat panggilan sehingga kepada membolehkan belia
berkomunikasi dengan orang lain secara bersemuka dengan aplikasi 3G, menghantar
mesej dan video melalui khidmat “Short Message Service (SMS)” dan “Multimedia
Messaging System (MMS)”, mendengar lagu
dan menonton video secara talian serta melayari internet. Di sebaliknya,
kecanggihan teknologi juga menyebabkan masyarakat terutama golongan belia
mempunyai kecederungaan menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial
facebook dan memainkan online games melalui telefon pintar atau komputer. Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR)
yang dijalankan di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini,
para remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Akibatnya,
mereka akan terasing diri daripada keluarga dan masyarakat serta lebih suka
berinteraksi berpandukan media. Menurut Dr. Jessica Ong
Hai Liaw, peralatan
teknologi canggih yang terdapat dalam pasaran seperti Ipad, Iphone dan Galaxy
Tab akan menyebabkan ikatan kekeluargaan semakin renggang dan hubungan sesama kita untuk berjumpa dan berbual secara
bersemuka semakin terjejas .Tambahan pula, hal ini juga boleh dilihat di
sekeliling kita bahawa belia boleh sibuk dengan telefon bimbit mereka tanpa
mengira mana tempat mereka berada. Sebagai contoh, mereka masih memainkan telefon bimbit mereka
walaupun pada masa makan bersama keluarga.
Pada zaman yang moden
ini, teknologi akan turut mengalami perubahan dan evolusi sedangkan ia berlakunya
proses modernisasi di bidang teknologi maklumat. Masayrakat yang hidup pada
zaman ini tidak akan terlepas daripada perubahan dan evolusi. Hal ini boleh dilihat
ke atas teknologi ini tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat
terutamanya golongan belia kerana mereka mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
teknologi yang canggih ini. Hal ini kerana belia menggunakan teknologi
komunikasi untuk mempermudahkan urusan mereka dan memperkayakan ilmu
pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan melalui internet. Tambahan pula,
belia juga perlu berusaha mewujudkan budaya penggunaan teknologi yang sihat
dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menggerak pembangunan dan kemajuan
negara kita di samping mengejar arus globalisasi yang semakin pantas di dunia
ini.Walaubagaimanapun, dari pandangan yang alternatif, bukan semua daripada mereka yang dalam kalangan belia adalah bijak menapis perkara dengan baik dan buruk. Hal ini
kerana ada antara daripada mereka bersikap naif dan mudah mempercayai orang
dengan mudah memberi maklumat diri yang peribadi seperti alamat maklumat kepada
orang yang tidak dikenali di alam maya.
Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul menpunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.
Sumber
Harper,C.
(2002). The New Mass Media. New York: Houghton Mifflin Company http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM
http://maharammamat.wordpress.com/tag/plagiat/
http://www.imranshamsir.com/ilmiah/jenayah-akademik/
http://ippbm.gov.my/v3/dokumen/faktabelia/05.Literasi%20media.pdf
http://boss200509.wordpress.com/awasi-remaja-ict/
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121019/dn_17/Laman-blog-lucah-pelajar-Malaysia-dinyah-aktif
http://www.hmetro.com.my/articles/3gpjadibahaneksploitasi/Article/artikelMA
http://www.imranshamsir.com/ilmiah/jenayah-akademik/
http://ippbm.gov.my/v3/dokumen/faktabelia/05.Literasi%20media.pdf
http://boss200509.wordpress.com/awasi-remaja-ict/
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121019/dn_17/Laman-blog-lucah-pelajar-Malaysia-dinyah-aktif
http://www.hmetro.com.my/articles/3gpjadibahaneksploitasi/Article/artikelMA