Jumaat, 16 November 2012


PENGGUNAAN  APLIKASI E-LEARNING

   Apakah itu E-learning?E-learning merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif tv fan CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000).Perkembangan teknologi komunikasi dalam pendidikan telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa,tempat,kaedah dan bahan pembelajaran disamping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan.Dengan adanya teknologi ini,ia memudahkan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar universiti.
   Adakah e-learning menyediakan pendidikan yang interaktif? E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapati pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
   Apakah kebaikan mengunakan e-learning? Antara ialah pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.Dengan adanya e-learning  juga  pelajar dapat belajar  mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
   Akhirnya, Penggunaan e-learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e-learning tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata-mata; malah penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu Exploration, Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.
 
Sumber:
1)Kaplan-Leiserson, E. (2000). E-learning glossary. Retrieved June 17, 2004 from

2)Schutte, J. G. (1997). Virtual Teaching in Higher Education: The New Intellectual
Superhighway or Just Another Traffic Jam?.


Jumaat, 9 November 2012

Platform Bersuara Belia



Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Belia merupakan populasi yang paling besar di Malaysia. Jumlah populasi belia di negara ini mencecah 12 juta iaitu 42.8 peratus daripada 28 juta penduduk. Kewujudan belia telah membentuk satu sinergi yang mampu mencorak landskap sosioekonomi dan politik negara. Adakah belia Malaysia mempunyai kebebasan untuk bersuara?  Masalah hak asasi manusia yang paling ketara adalah sekatan ke atas kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan dan pengekalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Di manakah platform untuk belia bersuara?
     Dalam era kecanggihan teknologi dan maklumat (ICT) belia suka menyuarakan pendapat mereka dengan sesuka hati contohnya tentang isu pemansuhan AUKU melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), facebook, twitter, blog, youtube dan lain-lain. Kadang-kala memberi pendapat atau komen dengan tidak berfikir secara menyeluruh melalui teknologi komunikasi akan membawa akibat yang teruk. Hal ini disebabkan kelajuan pemindahan informasi adalah sangat pantas pada zaman globalisasi ini.  
     Dulu, kebebasan bersuara belia yang berusia 25 tahun ke bawah yang sedang belajar di universiti ataupun kolej telah disekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Pada masa itu, tindakan demontrasi aman yang dituntut oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di PWTC menjadi salah satu isu yang terhangat dan menyebar luas dalam facebook dan berita tersebut masih tertera dalam ingatan orang ramai. Kini, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang terbaru ialah membolehkan mahasiswa berpartisipasi dalam politik. Tindakan tersebut telah menunjukkan peningkatkan pengiktirafan suara belia di Malaysia.  
 Parlimen Belia
Demonstrasi



     Menurut Mohamed Maliki Mohamed Raplee yang merupakan penulis berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM, Parlimen Belia Malaysia yang akan mengumpulkan individu belia yang berusia 25 tahun ke bawah dengan mewakili 222 kawasan Parlimen pasti akan mencipta sejarah sebagai platform belia untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap isu semasa secara langsung. Justeru,  suara orang muda (termasuk mahasiswa) tidak didengari oleh pihak tertentu merupakan satu dakwaan yang melulu oleh sesetengah individu yang tidak mempunyai kesabaran dan ketahanan dalam memperjuangkan idealismenya.
     Pada asasnya, kerajaan merupakan intensiti maklumat (Fletcher & Foy, 1994), dan peningkatan besar dalam intensiti maklumat negara bangsa merupakan salah satu penanda pentadbiran dalam era moden (Giddens, 1984).  Government are inherently information intense (Fletcher & Foy, 1994), and a vast increase in the information intensity of the nation-state is one of the demarkers of governance in the modern era (Giddens, 1984). Berdasarkan berita internet Sinar Harian, pendidikan politik perlu diwujudkan dalam sistem pendidikan. Contohnya, di sekolah menengah, dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih lembaga pengawas. Di IPT, dengan membenarkan mahasiswa menguruskan pilihan raya kampus sendiri. Di samping itu, suara belia perlu ditingkatkan dalam proses membuat keputusan. Justeru, pewakilan dalam Parlimen Belia perlu dilantik Ahli Dewan Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan.
     Parlimen Belia merupakan salah satu platform yang baik bagi belia untuk menyuarakan pendapat mereka. Selain itu, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin juga pernah berkata bahawa semua pihak menghormati hak mahasiswa bersuara dan pihak kerajaan sentiasa memberi ruang kepada mahasiswa untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka melalui saluran yang betul seperti konvensyen, dialog, debat terbuka, forum dan seminar.
     Sebagai kesimpulan, teknologi komunikasi merupakan salah satu saluran yang baik untuk berkomunikasi tetapi tidak semestinya ialah satu platform yang baik untuk menyuarakan pendapat belia. Sebagai warganegara Malaysia, belia bertangungjawab untuk menjaga keselamatan negera dengan menggunakan platform yang betul dan tepat untuk menyuarakan pendapat. 



Sumber:
Braman, S (2004). “Technology”. The Sage Handbook of Media Studies.(Penyunting) Downing, J; McQuail, D; Schlesinger, P. & Wartella,E. Sage Publication, Thousand Oaks, London, New Delhi.

Tham Chin Hui