Kecenderungan remaja membunuh diri akibat
buli siber
Teknologi yang semakin canggih pada masa kini telah
menyebabkan jumlah pengguna internet dan alat peranti komunikasi meningkat
dengan mendadak dalam kalangan remaja. Contohnya, penggunaan telefon bimbit
yang meluas iaitu kira-kira 14.2 juta pengguna di negara ini pada tahun lalu
dengan 30 peratus daripadanya remaja bawah 15 tahun.(Utusan Malaysia, 2005) Seiring
dengan perkembangan teknologi, laman web sosial juga menjadi kegilaan dan
fenomena dalam kalangan penggunanya.(Dewan Siswa, April 2012 ). Remaja melayari internet untuk
berkongsi maklumat , video dalam rangkaian sosial seperti Facebook , Twitter,
dan sebagainya.Ini memang merupakan satu platform yang bagus untuk remaja meningkatkan
pengetahuan mereka .Malangnya , penyalahgunaaan teknologi ini telah berlaku
sejak kebelakangan ini dan mewujudkan satu fenomena iaitu buli siber .
Menurut Jabatan
Kesihatan dan Perkhidamatan Manusia Amerika Syarikat , buli siber
berlaku apabila seseorang individu dibuli , diganggu, diugut atau dimalukan melalui
teknologi elektronik seperti telefon
bimbit , computer, tablet dan sebagainya. Buli siber tidak melibatkan fizikal
tetapi lebih kepada emosi.Ini akan membuatkan seseorang berasa terluka , terasing dan sedih. Jenis pembulian siber adalah termasuk membuat
khabar angin atau fitnah , menyebarkan gambar yang memalukan sehingga
menghantar mesej memalukan, berulang kali mengganggu ( termasuk gangguan
seksual ) , mengancam dan memalukan seseorang tanpa mendedahkan identiti mereka
yang sebenar .
Namun ,kebanyakkan mangsa buli siber akan berasa termenung , rendah diri , kebimbangan
dan cenderung membunuh diri.Ini dapat disokong oleh kajian yang dijalankan oleh
Dr. Justin W.Patchin dan Dr. Sameer Hinduja , Pengarah Pusat Penyelidikan Buli
Siber.Mereka telah menjalankan kajian terhadap buli siber dalam kalangan remaja
dan mendapati 33% adalah mangsa buli
siber , manakala 22% remaja berasa sedih dan membunuh diri akibat buli siber. Selain itu, American Academy of Pediatrics juga
menjalankan satu analisis retrospektif sebanyak 41 kes terhadap bunuh diri dan
buli siber. Analisis tersebut telah menujukkan bahawa buli siber merupakan satu
faktor yang menyebabkan remaja membunuh diri .
Antara kes yang menggemparkan masyarakat adalah mangsa kematian
Amanda Todd yang berumur 16 dari British Columbia , Kanada .Dia telah didapati
membunuh diri pada 10 Oktober 2012 .Namun sebelum kematiannya, dia telah memuat
naik satu video yang bertajuk Struggling.
Bullying, suicide, self harm. Dia telah menggunakan kad untuk menceritakan segala perkara yang telah berlaku.Antara
perkara yang telah berlaku adalah dia mendedahkan
buah dadanya kepada seorang lelaki dalam laman web. Lelaki tersebut telah
menyebarkan gambar tersebut dan menggunakan gambar buah dada Amanda Todd menjadi
gambar profil.Perkara ini telah menyebabkan Amanda Todd menerima pelbagai cacian dan maki. Selepas itu, dia
telah berpindah ke banyak tempat tetapi dia masih tidak dapat mengelakkan gangguan
tersebut .Akhirnya, dia tidak dapat bertahan dengan kehidupan ini dan membunuh
diri .
Kes yang telah berlaku ini memang menyedihkan .Namun, perkara
tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan yang boleh kami berfikir Yang
pertama adalah bunuh diri. Adakah bunuh
diri akan menjadi trend bagi remaja yang mengalami buli siber ? Ini adalah
disebabkan beberapa kes bunuh diri telah
berlaku selepas kematian Amanda Todd. Antara kes bunuh diri adalah Felicia
Garcia yang berumur 15 dari New York . Dia telah membunuh diri akibat diseksa
dan dibuli oleh kawannya. Seterusnya adalah David H. Hernandez yang berumur 16
tahun.Dia telah menamatkan kehidupannya akibat dibuli oleh kawannya. Antara
persamaan mereka adalah dibuli.Selain itu,kami juga perlu memikirkan bahawa membunuh
diri adalah hanya satu caranya bagi mangsa buli siber untuk menyelesaikan atau
menamatkan penderitaanya? Sebenarnya tidak , remaja boleh meminta bantuan
daripada NGO , ibu bapa atau orang yang boleh dipercayai. Selain itu , remaja
boleh membuat laporan polis supaya pembuli menerima hukuman yang sepatutnya,Mengikut
Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan,
cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu,
mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau
mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan
denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.
Seterusnya adalah tanggungjawab remaja dalam menggunakkan
teknologi .Banyak orang telah menyalahkan pembuli siber di mana mereka adalah pembunuh
secara tidak langsung kepada mangsa buli
siber. Ini memang merupakan perkara yang tidak dapat dinafikan. Tetapi, mangsa buli
siber juga perlu memikul tanggungjawab.Mereka sepatutnya menjadi pengguna
teknologi yang bijak supaya mengelakkan pemberian peluang buli siber.Contohnya,
mereka harus menyimpan maklumat peribadi dengan bagus atau mengelakkan komunikasi
dengan orang yang tidak dikenali dan sebagainya. Malangnya, ramai remaja tidak melakukan
sesuatu yang boleh mengelakkan perkara yang mungkin menimbulkan pembulian
siber. Laporan Keselamatan Siber Malaysia telah menunujukkan 40%remaja beranggapan tidak
mengapa berbual dengan orang yang tidak dikenali di Internet,20% remaja
beranggapan selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi di Internet, 30%remaja member
pertimbangan untuk bertemu rakan Internet dan 9% remaja pernah bertemu rakan
pertama yang dikenali melalui Internet. Oleh itu , remaja seharusnya berfikir
dengan jelas sebelum menjalankan sesuatu.
Kesimpulannya, remaja seharusnya menggunakan teknologi
dengan cekap supaya tidak memberi peluang kepada pembuli. Selain itu , remaja
harus mendapat bantuan daripada ibu bapa atau orang yang dipercayai. Remaja
juga harus mengambil berat antara satu sama lain supaya mengurangkan masalah
kes buli siber .
HARGAI
NYAWA ANDA !
BUNUH DIRI BUKAN CARANYA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH !
HENTIKAN BULI SIBER !!!
.
Disediakan oleh ,
Ong Wei Ling
Rujukan
1 .Justin
W.Patchin, October30, 2012, Amanda Todd , Cyberbullying and Suicide,
dipetik
daripada
2. Ketagihan
Seks Siber : Pengalaman Kaunselor Di Malaysia , Mohd.Zaliridzal M.Sc Dini
Farhana Baharuddin M.Ed, M.A, dipetik daripada
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/5264/3%20Ketagihan%20Seks%20Siber%3B%20Pengalaman%20Kaunselor%20di%20Malaysia.pdf?sequence=1
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/5264/3%20Ketagihan%20Seks%20Siber%3B%20Pengalaman%20Kaunselor%20di%20Malaysia.pdf?sequence=1
3. What
is Cyberbullying, dipetik daripada
4. Mohd
Azis Ngah ,Buli Siber, dipetik daripada
5. Cyberbullying
Research Summary , Sameer Hinduja and
Justin W.Patchin,
6. Maslin
Masrom dan Nadia Jamal, Antara Buli
Siber dengan Gangguan Siber, Dewan
Siswa
April 2012, dipetik daripda
http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?m=201204
http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?m=201204